“Kau Sihat Tubuh Badan Naiklah Eskalator” – Wartawan Teruk Dikecam, Merungut Ada ‘Parent’ Bawak ‘Twin Stroller’ Naik Lif KLCC

Hiburan

“Kau Sihat Tubuh Badan Naiklah Eskalator” – Wartawan Teruk Dikecam, Merungut Ada ‘Parent’ Bawak ‘Twin Stroller’ Naik Lif KLCC

Seorang wartawan dan pembaca berita teruk dihentam warganet di media sosial selepas rungutannya pada hujung minggu lalu tular membabitkan isu penggunaan lif dan stroller.

 

Advertisement

Marah parents bawak stroller guna lif

Terdahulu, lelaki itu ada memuat naik rungutannya di Instagram dan ia telah meraih perhatian ramai sehinggakan ada yang mengkritiknya di Facebook dan Twitter.

fb post

Mana tidaknya, lelaki tersebut merungut tentang ibu bapa yang dijumpainya di pusat membeli belah mewah, KLCC pada hujung minggu yang lalu.

Dia juga marah kepada pasangan itu yang membawa twin stroller dan tetap mahu masuk ke dalam lif yang dikatakan sudah dipenuhi pengunjung yang lain.

Dia punya twin stroller tu gigih eh nak sumbat masuk dalam lif yang penuh. Lepas tu nak suruh orang keluar lif. Engkau pula terpaling parents yang tak reti dukung baby yang boleh mamp*s kalau tak bawak twin stroller bod*h tu.

 

KLCC kan ada palang dekat escalator

Rungutan lelaki itu mengundang pelbagai kecaman daripada ramai orang di laman media sosial Facebook dan Twitter sekaligus menyebabkan dia menukar semua akaun kepada mode private.

Rata-ratanya menganggap kata-katanya itu sangat ignorant terutamanya apabila dia pula bukanlah berstatus bapa untuk merungut sebegitu rupa.

malik ridhwan

Ada yang turut mengkritiknya kerana berkata sebegitu kerana pusat membeli belah tersebut mempunyai palang agar stroller tidak digunakan  di eskalator atas sebab keselamatan.

malik ridhwan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...