“Kau Selamatkan Negara Dan Bangsaku..” Dr Maszlee Bimbang Rekod Pelajar Berhenti Sekolah Meningkat

Berita

“Kau Selamatkan Negara Dan Bangsaku..” Dr Maszlee Bimbang Rekod Pelajar Berhenti Sekolah Meningkat

Seperti yang sudah kita sedia maklum, sepanjang penularan kes COVID-19 di negara berlaku, banyak sektor yang telah terkesan dan salah satunya adalah sektor pendidikan.

Oleh kerana itu, menerusi ciapan di Twitter yang dibuat oleh Dr. Maszlee Malik, beliau meluahkan perasaan kecewa berikutan rekod pelajar sekolah yang berhenti meningkat sepanjang penularan wabak ini.

Advertisement

Difahamkan, jumlah keseluruhan pelajar yang berhenti sekolah bagi tempoh Mac 2020 sehingga Julai 2021 adalah sebanyak 21,316 orang (0.22%).

Disebabkan hal ini, ia telah membangkitkan perasaan bimbang di kalangan orang ramai termasuklah Dr. Maszlee dan juga golongan para pendidik.

Meninjau di ruangan komen, terlihat ramai yang mempersoal siapakah yang bersalah di dalam isu ini dan apakah punca ianya boleh terjadi.

komen Twitter Dr. MaszleeSumber : Twitter 

Difahamkan, bukan negara Malaysia saja yang menghadapi masalah ini, malah di negara lain seperti Amerika Syarikat juga berdepan dengan isu yang sama.

Semoga, masalah ini dapat diselesaikan dengan segera kerana ia melibatkan masa depan pelajar serta pendidikan di negara kita.

Deen Maju
2 years ago

(VIDEO) Pelanggan Sanggup Beratur Hampir 1 Kilometer Demi Sepinggan Nasi Kandar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...