Seperti yang sudah kita sedia maklum, sepanjang penularan kes COVID-19 di negara berlaku, banyak sektor yang telah terkesan dan salah satunya adalah sektor pendidikan.
Oleh kerana itu, menerusi ciapan di Twitter yang dibuat oleh Dr. Maszlee Malik, beliau meluahkan perasaan kecewa berikutan rekod pelajar sekolah yang berhenti meningkat sepanjang penularan wabak ini.
Difahamkan, jumlah keseluruhan pelajar yang berhenti sekolah bagi tempoh Mac 2020 sehingga Julai 2021 adalah sebanyak 21,316 orang (0.22%).
???
Semenjak Mac 2020 sehingga Julai 2021 seramai 21,316 anak-anak telah berhenti sekolah!!!
Apakah yang telah berlaku kepada Malaysia???
Ya Allah selamatkanlah negara dan bangsaku dari ketidaktentuan masa hadapan dek kebobrokan para penguasa yang jadong ? pic.twitter.com/EKtpKdB7gl
— Maszlee Malik ??? (@maszlee) December 5, 2021
Disebabkan hal ini, ia telah membangkitkan perasaan bimbang di kalangan orang ramai termasuklah Dr. Maszlee dan juga golongan para pendidik.
Meninjau di ruangan komen, terlihat ramai yang mempersoal siapakah yang bersalah di dalam isu ini dan apakah punca ianya boleh terjadi.
Difahamkan, bukan negara Malaysia saja yang menghadapi masalah ini, malah di negara lain seperti Amerika Syarikat juga berdepan dengan isu yang sama.
Semoga, masalah ini dapat diselesaikan dengan segera kerana ia melibatkan masa depan pelajar serta pendidikan di negara kita.