Seperti diketahui ramai, semalam Syamsul Yusof mengambil keputusan mengejutkan ramai pihak apabila dia enggan melepaskan isteri pertama, Puteri Sarah di Mahkamah Rendah Syariah.
Menjawab tindakan yang diambil oleh Syamsul, Puteri Sarah sendiri terkedu apabila keputusan itu keluar dari mulutnya kerana pelakon itu sendiri merasakan hubungan suami isteri sudah tidak lagi wujud diantara mereka.
Syamsul Yusof enggan menceraikan isterinya, Puteri Sarah ketika prosiding sebutan kes di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini.https://t.co/UOgwysBrVL#AWANInews #AWANIpagi [HIBURAN]
— ??Astro AWANI?? (@501Awani) March 7, 2023
Susulan keputusan yang telah dibuat oleh pengarah tersebut, ramai netizen mendakwa tindakan tersebut tidak sepatutnya dilakukan jika sudah lama tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami.
Malah, ada yang membuat andaian Syamsul sengaja mengambil keputusan seperti itu untuk menyeksa mental pelakon wanita tersebut.
Dalam pada masa yang sama, netizen turut mendoakan agar mereka dijauhkan oleh lelaki seperti pengarah tersebut dan gesa Syamsul menurunkan ego dengan membebaskan Puteri Sarah dari kehidupannya.
Sekadar info, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof telah mendirikan rumah tangga bersama sejak tahun 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.