Pada mulanya niat memuat naik satu video di TikTok hanya ingin memberi kesedaran, tetapi lain pula yang jadi apabila seorang gadis ‘disekolahkan’ semula oleh netizen tanpa henti.
Menerusi perkongsian video tersebut, ia memaparkan seorang gadis sedang mengisi minyak untuk kereta di sebuah stesen pam sambil bermain telefon bimbit.
Perbuatan yang dilakukan itu kurang disenangi oleh si perakam, kerana merasakan perkara itu akan memudaratkan pengunjung lain sekiranya berlaku letupan atau kebakaran akibat dari perbuatannya itu.
Bagaimanapun, meninjau di ruangan komen hampir kesemua warganet meminta si perakam membuat kajian dahulu mengenai penggunaan telefon sewaktu mengisi minyak kerana menurut netizen, perkara tersebut tidak akan memudaratkan sesiapa.
Ini kerana hal ini telah pun diberitahu sebelum ini, tetapi masih ada yang terlepas pandang.
Melihat ramai yang mengecam dirinya kerana menggunakan telefon bimbit juga di stesen minyak, si perakam memaklumkan dirinya sudah pun mematikan enjin kereta semasa merakam.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.