“Kau Pun Kahwin Dengan Suami Orang Anak 3” – Fara Salleh Berang Dikaitkan Dengan Kifarah Oleh Netizen, ‘Petik’ Nama Rossa Sera Pula

Kehidupan

“Kau Pun Kahwin Dengan Suami Orang Anak 3” – Fara Salleh Berang Dikaitkan Dengan Kifarah Oleh Netizen, ‘Petik’ Nama Rossa Sera Pula

Fara Salleh, isteri pelawak dan pengacara Shuk Sahar, tampil meluahkan rasa kecewa terhadap netizen yang mendakwa masalah rumah tangganya dengan suami sebagai ‘kifarah’ akibat kesilapannya terhadap bekas isteri Shuk, Rossa Sera.

Fara, 33, meluahkan kekesalannya kerana sering dikaitkan dengan nama buruk sejak perkahwinannya dengan Shuk bermula pada November 2023.

Advertisement

fara salleh petik nama rossa serra

Menurut Fara, netizen tidak layak menyamakan dirinya dengan Sera kerana beliau dan bekas isteri Shuk mempunyai situasi yang berbeza. Malah, dia memandang tindakan itu sebagai tidak adil:

Tak perlu nak petik nama mahupun samakan aku dengan perempuan itu (Sera). Kami berdua tiada beza. Kau pesan dekat pengikut kau suruh diam ya perempuan.

Fara juga mempertahankan statusnya sebagai wanita yang berkahwin dengan lelaki yang sebelum itu sudah mempunyai tiga anak.

Status aku dengan kau sama. Aku kahwin dengan suami kau dan kau kahwin dengan suami Pika (rakan) yang dah ada anak tiga orang.

Dia menegaskan bahawa dia tidak ‘meroyan’ di media sosial, sebaliknya telah cuba menghubungi Shuk secara sopan melalui WhatsApp, tetapi tiada respons dari pihak Shuk.

Pertelingkahan antara Fara dan netizen bukan perkara baharu. Sebelum ini, Fara pernah meluahkan kekecewaan terhadap Shuk di media sosial, menuduh suaminya tidak bertanggungjawab dan enggan berkaunseling.

Shuk pula mempertahankan diri dengan menyatakan dia telah menunaikan nafkah dan tanggungjawab perubatan terhadap Fara.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

netizen kritik Shuk tak bertanggungjawab
2025-07-09 12:18:28

"Perangai Kurang Ajar Gila, Apa Jenis Manusia Dia Ni?" - Netizen Kritik Shuk Sahar Tak Bertanggungjawab, Kasihankan Anak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...