“Kau Pergi Baca Muka Surat Pertama Passport Kami” – Zizi Kirana Kongsi Momen Berhadapan Dengan Tentera Isr*el Ketika Ditahan

Trending

“Kau Pergi Baca Muka Surat Pertama Passport Kami” – Zizi Kirana Kongsi Momen Berhadapan Dengan Tentera Isr*el Ketika Ditahan

Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Zizi Kirana, berkongsi pengalaman getir yang tidak dapat dilupakan ketika ditahan tentera Israel sewaktu menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) menuju ke Gaza baru-baru ini.

Menurut Zizi, insiden itu berlaku semasa pemeriksaan pasport, di mana beliau berani menegur tindakan biadab tentera Israel yang memperlekehkan rakyat Malaysia.

Advertisement

Ketika ditahan, kami dibawa ke tempat pemeriksaan pasport. Di situ saya dapat keberanian walaupun mereka (tentera Israel) sangat gembira dan teruja menerima kehadiran orang Malaysia.

Bila saya sampai mereka cakap ‘welcome to Israel, have you been to Israel before?’ (Selamat datang ke Israel, adakah anda pernah ke Israel sebelum ini?).

Dengan berani, yakin dan kekuatan Allah beri, saya cakap kepada mereka ‘you should open and read the first page in our passport that you not recognise in our country’ (anda perlu buka dan lihat halaman pertama pasport kami bahawa anda tidak diiktiraf di negara kami),”

Zizi berkongsi kisah itu ketika berucap pada Himpunan Solidariti Bersama Gaza yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada Rabu.

Beliau turut mendedahkan bahawa tindakannya menegur secara terbuka telah mengundang kemarahan tentera Zionis, sehingga dirinya dipisahkan daripada kumpulan dan diperlakukan secara kasar.

Disebabkan itu mereka campak pasport saya dan kemudian heret saya ke meja seterusnya. Tapi Allah beri kekuatan untuk saya tak mengalah.

Untuk rekod, Zizi merupakan salah seorang daripada 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) dalam usaha memecahkan sekatan Israel terhadap Palestin.

Himpunan Solidariti Bersama Gaza malam tadi turut diadakan bagi menyambut kepulangan 23 sukarelawan GSF ke tanah air, selain menyatakan sokongan padu rakyat Malaysia terhadap perjuangan Palestin dan meningkatkan kesedaran kemanusiaan dalam kalangan masyarakat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-10-09 08:30:00

Gurauan 'Sama-Sama Banduan' Dikecam, Pu Rahmat Mohon Maaf Pada Anwar Ibrahim

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...