Sejak semalam, media sosial heboh dengan khabar angin baharu berkait kematian Zara Qairina Mahathir, pelajar Tingkatan 1 SMKA di Papar, Sabah.
Dikatakan seorang guru dan bekas warden asrama tampil mendakwa bahawa tubuh Zara dimasukkan ke dalam mesin basuh sebelum ditemui di tepi longkang.
Tuduhan mengejutkan ini menimbulkan kebimbangan ramai mengenai keselamatan dan keadilan kes tersebut.
Menurut laporan tersebut, terdapat dakwaan bahawa jasad Zara diletakkan seolah-olah dicampak dari bangunan asrama menyemarakkan teori bahawa kematiannya bukan semata-mata akibat terjatuh dari tingkat tinggi.
Seorang pegawai pendidikan turut berkata:
Saya sebagai guru & pernah jadi warden, saya pun tak puas hati kenapa kejadian ini disenyapkan.
Netizen Mahu Tumpuan Kepada Siasatan Rasmi
Kebanyakan warganet menyuarakan dukungan agar pihak berkuasa memberi ruang kepada proses siasatan rasmi tanpa gangguan spekulasi liar.
Ramai menegaskan bahawa desakan perlu ditumpu pada fakta berbanding khabar angin yang tidak disahkan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.