Pelakon dan juga penyanyi, Izzue Islam mengakui dirinya berasa tertekan apabila ramai yang sering bertanyakan mengenai soal anak terhadap dirinya.
Izzue Islam yang ditemui ketika program bual bicara Wanita Hari Ini di TV3 berkongsikan mengenai perkara itu ketika membincangakan topik bertajuk ‘Anak Penentu Bahagia’ bersama penonton.
Ujarnya lagi, kehadiran anak dalam rumah tangga tidak dinafikan dapat menjadi tambahan kebahagiaan serta keceriaan dalam sesebuah rumah tangga.
Pada awalnya, memang ada rasa stres bila balik kampung jumpa kawan-kawan, kita dah 3-4 tahun kahwin, kawan baru sahaja dah dapat anak. Bila ada yang bertanya tu memang tak nafikan ada rasa stres, kecil hati juga kadang-kadang tu.
Ada yang tanya serius memang nak tahu kita bila nak dapat, tapi ada juga yang kadang-kadang bertanya tu boleh menyakitkan dan mengguris hati kita.
Namun begitu, dia da isteri sentiasa bersikap positif serta rasional apabila berhadapan dengan soalan seperti itu.
Jadi kami memang kena positif, macam mana cara kita jawab pertanyaan tu pun kena positif supaya orang tu tak rasa yang kita stress. Jangan tunjuk kat orang yang kita stres dan walaupun kami berdua belum dikurniakan cahaya mata, kami bahagia Alhamdullilah.
Sekadar info, Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Bin Mazlan telah mendirikan rumah tangga bersama isteri kesayangan, Awin Nurin pada 2 Jun 2013 yang lalu.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
Anonymous
October 19, 2021 at 12:10 pm
Semoga ada hikmah sebalik nya..suka sangat pasangan ni..semoga terus bahgia..setia hingga akhir hayat..aamiin
Sabar ye..sabar dan terus sabar..kerana kamu adalah pilihan nya
ada anak tak semestinya bahagia
October 18, 2021 at 9:40 am
semoga kalian berdua dikurniakan kebahagiaan till jannah, dan diserikan dgn cahaya mata
ank ni rezeki, kita x tahu bila Allah nk bg
ada yg kawen 17 thn baru ada rezeki
ada yg kawen beberapa bulan dah lekat
masyarakat Melayu ni kene buang stigma kahwin mesti beranak, bila nk dapat anak dan sebagainya
Asiah isteri Firaun, merupakan antara wanita terhebat dalam Islam, juga tidak dikurniakan anak
namun dijanjikan syurga kerana taat beriman kpd Allah
jadi berenti lah kaitkan anak dengan pasangan. some ppl choose not to breed, xde kemampuan, nk loving2 dulu, nk bina keluarga kemudian, nk ank lps career stabil.. so jgn sibuk life org!!!!
lol surprise
October 18, 2021 at 10:26 am
Betul agreed.
huhuhahahihi
October 18, 2021 at 9:12 am
semoga mereka dikurniakan rezeki dan anak.. kesian tengok mereka dari dulu ada je tak kene di mata netizen pedahal tak kacau orang dan syok sendiri happy2 je dengan each other
doa yang baik2
October 18, 2021 at 1:26 am
Semoga izzue dan awin dikurniakan zuriat suatu hari nanti.