“Kau Ni Kaum Luth Ke?” – Nazim Othman Hairan Orang Bertanya Mengenai Seksualiti, Anggap Soalan Kolot

Hiburan

“Kau Ni Kaum Luth Ke?” – Nazim Othman Hairan Orang Bertanya Mengenai Seksualiti, Anggap Soalan Kolot

Pelakon Nazim Othman tampil membidas pertanyaan seorang individu yang dilihat kurang ajar dan tidak sopan ketika bersiaran langsung di satu aplikasi media sosial, baru-baru ini.

Individu itu dilihat tampil bertanyakan sama ada Nazim merupakan seorang pengikut kaum Nabi Luth yang sinonim dengan amalan hidup songsang.

Advertisement

“Kau ni kaum Luth ke?” soal netizen berkenaan terhadap Nazim.

Tidak melenting, Nazim kemudiannya membalas pertanyaan netizen itu dan menganggap ia adalah satu soalan kolot.

Apa kepentingannya orang nak tahu aku punya seksualiti ni? Aku tak faham, apa faedahnya yang akan korang dapat.

Kalau ye kenapa? Nak try? Helok tak engkau nak try aku? Sibuk nak tahu seksualiti orang, kenapa? Kalau aku gay kenapa nak try? Lambertt lagi..

Malah, terdapat seorang lagi individu tampil meminta Nazim untuk segera bertaubat sehinggakan pelakon itu hilang ‘mood’ untuk meneruskan sesi siaran langsung bersama peminat.

“Bertaubat? Uhmm, eh dala aku penat la macam ni, korang la yang terpaling malaikat, terpaling syurga. Daripada aku layan soalan bangang ni lebih baik aku tidurlah.” ujarnya mengakhiri bicara.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

azal zarina kahwin
1 year ago

"Bukan Nak Diskriminasi Tapi.." - Ramai Tak Setuju Zarina Zainuddin Ingin Azal Berumah Tangga, Dianggap Bakal 'Menyusahkan' Bakal Isteri?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : xtra

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...