“Kau Ni Ego Redha Jelah, Saja Nak Viralkan Diri” – Puteri Sarah Didakwa Sengaja Cari Publisiti Murah Isu Rumah Tangga

Hiburan

“Kau Ni Ego Redha Jelah, Saja Nak Viralkan Diri” – Puteri Sarah Didakwa Sengaja Cari Publisiti Murah Isu Rumah Tangga

Sedia maklum, pelakon Puteri Sarah baru-baru ini dibenarkan oleh pihak Mahkamah untuk teruskan prosiding menghina mahkamah terhadap madunya, Ira Kazar dan keluarga.

Pelakon terbabit berkata Ira, bapanya dan kakak perlu bersedia untuk menjawab kepada Mahkamah Sesyen berhubung melanggar perintah injuksi yang dikeluarkan untuk mereka pada Julai, tahun lalu.

Advertisement

Dalam pada masa yang sama, isteri kepada Syamsul Yusof itu telah membalas komen-komen negatif daripada netizen menggelarnya sengaja mahu mengejar publisiti murahan susulan isu rumahtangga yang berlaku.

komen netizen

komen netizen

Terdapat beberapa netizen meminta pelakon wanita itu meneruskan hidupnya dan redha dengan segala yang berlaku daripada memanjangkan cerita, namun Sarah merasakan jika dia berbuat sedemikian, maka tiada usaha untuk menegakkan kebenaran.

Sekadar info, Puteri Sarah telah memfailkan permohonan prosiding tersebut pada 31 Januari lalu selepas Ira Kazar melanggar perintah injuksi 4 Julai 2022 dan prosiding tersebut turut melibatkan bapa Ira iaitu Kazar dan kakak, Yasmin.

2 years ago

Kerap Ganggu & Kacau Ketenteraman, Puteri Sarah Dibenar Mula Prosiding Hina Mahkamah Terhadap Ira Kazar Sekeluarga

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Murai

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...