“Kau Nak Tunjuk Apa Sebenarnya?” – Kongsi Gambar Nampak Payudara, Leona Dilabel Makin Liar Sejak Duduk London

Gaya Hidup

“Kau Nak Tunjuk Apa Sebenarnya?” – Kongsi Gambar Nampak Payudara, Leona Dilabel Makin Liar Sejak Duduk London

Nama anak pelakon Azhar Sulaiman, Leona sering menjadi bualan hangat netizen di media sosial dan kebanyakannya adalah kerana gaya pemakaian yang seksi atau video tariannya yang menampakkan bahagian anggota badannya.

Meskipun sering dikecam kerana pemakaiannya, namun Leona turut membuktikan bahawa dia cemerlang dalam pelajaran dan kini sedang melanjutkan pengajiannya di sebuah universiti terletak di kota London.

Advertisement

2 years ago

"Minah Ni Tak Malu Ke?" - Leona Tayang Kostum 'Halloween', Netizen Kata Nampak Macam 'P*rn Star'

Terbaru, Leona atau nama sebenarnya Kasih Iris Leona meraih perhatian ramai pengikutnya selepas dia memuat naik gambar dan video di semua akaun media sosial miliknya.

Menerusi Twitter, Leona dilihat memuat naik hantaran menunjukkan ‘mirror selfie’ dari dalam biliknya di London namun pakaiannya yang menjolok mata itu mengejutkan netizen. Berdasarkan hantaran tersebut, pakaian Leona itu sangat terdedah dan menampakkan sebahagian payudaranya.

Bukan sekadar di Twitter, gadis berusia 20 tahun itu juga turut memuat naik video di TikTok menunjukkan dia memakai outfit yang sama iaitu baju berwarna pink. Namun, apa yang membuatkan netizen berkata-kata adalah kerana kali ini Leona dilihat semakin berani menonjolkan atau mendedahkan anggota badannya.

Menjengah ruangan komen di aplikasi TikTok dan Twitter, terdapat pengikutnya yang memuji kecantikan Leona namun kebanyakannya mengkritik Leona kerana pemakaiannya yang dikatakan semakin ‘hilang kain’ sejak dia berada di luar negara.

Sesetengah lelaki dilihat memberikan komen lucah dan seksual terhadap anak Azhar Sulaiman itu gara-gara berani menayangkan bentuk tubuh dan payudaranya menjadi tatapan umum di media sosial. Malah, ada yang berpendapat dia semakin ‘liar’ semenjak Leona tinggal di negara tersebut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...