Sebelum ini, ushawan sensasi Datuk Aliff Syukri secara tiba-tiba muncul semula dengan memuat naik sebuah hantaran video di laman Instagram miliknya selepas membuat keputusan menarik diri dari media sosial.
Menerusi video tersebut, Aliff Syukri dilihat menari dengan sebatang mop sambil mengikut rentak lagu terbaharunya, Baby Sayang.
Meninjau di ruangan komen, perkongsian video itu telah mendapat kecaman hebat daripada netizen yang rata-ratanya berasa tertipu dengan usahawan itu yang sebelum ini mendakwa dirinya mempunyai masalah mental tahap dua.
“Lahhh cakap nak tinggal media sosial, ni ada lagi.. aponii?” tulis seorang netizen.
“Hakikatnya tak boleh hidup tanpa IG dan Social media.. propa je kan,” tulis seorang pengguna Instagram.
Malah, ibu kepada Aliff Syukri iaitu Bonda Rozita turut dilihat tidak ketinggalan meninggalkan komen meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan anaknya itu.
Allah.. kebulur sangat dengan lagu kri?? Tak habis lagi!! Tak aman hidup mak kri, kau nak mak mati sebab tak tahan fitnah.. lagu bangang!!
Kau ni kan tak makan saman kan. Mak ngeri nak baca dengan fitnah, yang kau pulak selamba tak serik-serik.
Difahamkan, Aliff Syukri hanya bertahan selama empat hari berdiam diri tanpa dunia maya sebelum dilihat turut membuat hantaran di IG Story memaklumkan hasratnya untuk menjual akaun Instagram miliknya itu dengan harga RM500,000.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.