Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Kau Nak Kahwin Tak Dengan Aku..” Selamba Ajak Nikah, Fendy Bakry Kini Seronok Bercinta Selepas Kahwin

Pelakon Fendy Bakry yang kini sudah hampir sebulan bergelar suami meluahkan rasa syukur dan gembira kerana kehidupannya kini lebih teratur dan tersusun di samping isteri tercinta.

Dia yang sebelum ini mengumumkan berita pernikahan secara tiba-tiba mengakui tiada niat untuk merahsiakan perkahwinan namun hanya memikirkan soal keselamatan berikutan wabak COVID-19 yang melanda negara ketika ini.

Advertisement

Menurut Fendy, majlis perkahwinan yang diadakan hanya boleh menjemput 250 orang namun tidak dapat menghalang tetamu yang hadir meskipun mempunyai had tetamu. Oleh disebabkan itu, Fendy dan keluarga telah mengambil keputusan untuk melaksanakan apa yang penting terlebih dahulu lalu majlis pernikahan telah dirancang dan berlangsung dalam keadaan tertutup.

Ketika ditanyakan mengenai perasaan dan kehidupan selepas berumah tangga, Fendy berkata kehidupannya kini banyak berubah setelah menerima kehadiran suri hati.

“Alhamdullilah seronok.. bangun pagi ada orang dekat sebelah. Kehidupan saya selepas berkahwin lebih tersusu. Syukur ada seorang isteri yang memahami kerjaya saya,”

Dalam pada itu, pelakon drama Mr.Grey dan Kerna Syurga Bukan Percuma ini juga turut mendedahkan cara perkenalan dia dengan isterinya yang dikenali sebagai Ayu itu.

View this post on Instagram

Terima kasih pada yang memberi ucapan dan doa kepada sy dan isteri.. Begitu juga kami insan biasa juga mendoakn kesejahteraan buat anda semua.. Semoga kita semua berada didalam lindungannya inshaAllah aamin.. . Sungguh tidak disangka yang sy jadi suami orang hahahaha.. Tak pernah terlintas difikiran.. Dulu selalu cakap “ah nk bina empayar dulu la baru kawin”.. Sebenarnya dalam kita sudah berumahtangga pun kita boleh seiring untuk membina kerjaya sama2..apatah lagi untungnya sebab ada backbone yg kuat kihkih.. . Owh pot pet plakkan hahaha..? . Last minute punya persediaan weh?? . alhamdulillah @ehfanibrahimofficial sudi membantu untuk menyediakan busana bt kami berdua..???? Sememangnya hasil dia telah sy beri kepercayaan selama 9 tahun.. lama wooo guna khidmat dia hihi.. . Makeup plak dari @firz_razali .. sememangnya kalau sy g event memna pun sy akan guna khidmat dia.. Mula2 dia akan mak esahkn muka sy pastu bru dia makeup.. hahahaha lawak ja.. ( Hampa bukan leh kira,ambk serius ). . Owh.. photo plak dari saudara @ohhfiras .. Brader nie sy duk bwh meja pn dia masuk bawah meja hahahahaha.. . Apa2 terima kasih mendoakan sy.. terutama @fendynisme yang sentiasa ada.. teruskn support kerjaya sy sebagai seorang ank seni.. kerjaya sy seiring dengan sokongan anda semua.. Semangat anda sy tumpang untuk terus berkarya.. Love u lahhhh!!! . Terima kasih semua..

A post shared by Fendy Bakry (@fendybakry) on

Menurutnya, mereka tidak pernah bercinta dan hanya bergelar kawan biasa sebelum Fendy mengambil keputusan untuk melamar wanita itu dua bulan sebelum majlis pernikahan diadakan.

“Kami jarang berhubung, mungkin sebulan sekali. Terdetik hati saya nak melamar dia sebab nampak ciri kebaikan yang ada pada dia. Lagipun usia saya dah 32. Sudah sampai masa untuk berumah tangga. Jadi saya tanya dia ‘kau nak kahwin tak dengan aku?’ Kami uruskan persiapan perkahwinan pun ambil masa dua bulan saja. Kiranya kami bercinta selepas kahwin..”

Advertisement

Mengimbas kembali, Fendy dan isteri telah selamat mendirikan rumah tangga dalam sebuah majlis sederhana pada tanggal 30 Ogos yang lalu. Tahniah diucapkan buat pasangan ini!

Sumber : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top