“Kau Nak Kahwin Dengan Aku Tak?” – Serik Putus Cinta, Wanita ‘Plus Size’ Akhirnya Temui Jodoh Dengan Lelaki Aceh

Kehidupan

“Kau Nak Kahwin Dengan Aku Tak?” – Serik Putus Cinta, Wanita ‘Plus Size’ Akhirnya Temui Jodoh Dengan Lelaki Aceh

Jodoh itu sangat misteri, dan tidak mengenal rupa mahupun jarak.

Begitulah ungkapan yang boleh diberikan kepada wanita ini di mana dia tidak menyangka akan bertemu jodoh dengan seseorang yang dapat menerima dirinya seadanya.

Advertisement

Wanita yang bernama Ayu Abdullah ini memaklumkan bahawa bakal suaminya itu merupakan seorang warga Aceh dan mereka mula berkenalan ketika sesi siaran langsung Bigo ketika dia menjual pakaian di aplikasi tersebut.

Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Azhari itu kemudian meminta nombor telefon Ayu dan dia pada mulanya teragak-agak untuk memberinya kerana enggan terluka lagi akibat putus cinta.

Saya ambil masa dua,tiga hari juga fikir sebelum beri nombor telefon. Tapi saya fikir positif dan anggap niatnya sekadar nak berkawan.

Tambah Ayu, pada mulanya dia hanya menganggap Azhari sebagai teman biasa namun pada bulan Disember ketika berjumpa, lelaki itu ada bertanyakan Ayu soalan cepumas.

Tapi tanpa disangka, pada Disember, masa kami Disember, dia tiba-tiba tanya ‘nak jadi bini aku tak?”

wanita plus size kongsi jumpa jodohSumber : mStar Online 

Masa tu ragu-ragu juga niatnya. Bukan apa, sebab sebelum ini pernah lalui episod putus cinta, malah pernah putus tunang. Tak semua lelaki pandang plus size. Ada yang hanya pandang duit.

Ayu yang menjalankan bisnes pakaian sejak tiga tahun lalu akhirnya terbuka hati menerima cinta lelaki dari seberang itu dan telah pun mengikat tali pertunangan pada 9 Januari lalu.

Tidak menyangka perkongsian kisah cintanya di TikTok menjadi tular, Ayu mengakui berasa terharu kerana menerima banyak komen yang mendoakan agar dia dan bakal suami selamat mendirikan rumah tangga dan mengucapkan tahniah di atas pertunangannya.

Wanita plus size kongsi jumpa jodohSumber : mStar Online 

Dia dan Azhari khabarnya bakal disatukan pada pertengahan tahun ini.

“Saya doakan bagi mereka yang masih mencari jodoh agar urusan mereka juga dipermudahkan. Jangan down, InsyaAllah jodoh pasti ada..sama ada lambat atau cepat saja.” katanya lagi.

Jalan Kelantan tutup pakai baju bundle
3 years ago

"Mana YB?" - Rakyat Ambil Inisiatif Sendiri Tampal Jalan Berlubang Dengan Baju Bundle

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...