“Kau Mengandung Anak Luar Nikah”, Wanita Cerita Kisah Perit Masa Bersalin

Kehidupan

“Kau Mengandung Anak Luar Nikah”, Wanita Cerita Kisah Perit Masa Bersalin

“Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan….”

Jarang sekali kita mendengar jalan penyelesaian untuk wanita yang terlanjur mengandungkan anak luar nikah. Biasa yang kita lihat ialah cemuhan dan sindiran pada mereka yang mungkin tersasar mengikut nafsu.

Memang benar apa yang dilakukan mereka salah tetapi, kita sebagai manusia perlu membimbing dan menasihati mereka bukannya menyalahkan mereka 100% atas tindakan tersebut.

Advertisement

Seorang wanita bernama Zulaikha telah berkongsikan kisah hidupnya di dalam Twitter tentang dirinya yang terlanjur dengan tunangnya sehingga mengandung anak luar nikah.

 


Menurut Zulaika beliau bertemu dengan tunangnya ketika sedang menuntut di universiti. Ketika itu beliau mempunyai perniagaan tudung atas talian.

“Aku cukup berdikari hidup di universiti, aku tak perlu lelaki bahkan aku benci lelaki sebab aku rasa lelaki ni makhluk pemalas.”

Pada tahun ketiga menuntut di universiti, selepas 8 bulan berkawan dengan seorang lelaki yang rajin berkerja dan baik akhlaknya, mereka bertunang.

Dugaan bertunang bermula

Aku setuju antara dugaan orang bertunang ialah godaan syaitan. Entah kenapa lepas bertunang, dia berani-berani nak sentuh tangan aku. Aku rasa sangat tak selesa, dia minta maaf dan janji tak buat lagi.

Sebulan mengikat tali pertunangan, mereka diuji. Pada waktu ini semua rakan serumah pulang ke kampung halaman kerana cuti semester.

Housemate bagaikan staff part time aku. Diorang yang banyak tolong aku packing tudung untuk pos, bila diorang balik cuti sem, aku lah kena buat sendiri. Masa ni, tunang aku sukarela nak tolong packing tudung hari itu.

Advertisement

Semasa lakukan packing, pintu rumah dibuka luas, dan kami berdua lakukan tugasan di ruang tamu.

“Sini lah silap aku, jeng, jeng, jeng.”

Sedar tak sedar, kami dah terlanjur. Buat pertama kali perasaan takut dan keliru itu datang. Tapi tunang menenangkan dengan memberi pelukan.

Sejak hari itu, berzina semakin lazim dengan kami. Seminggu sekali mesti ‘on’.

Aku rasa sangat berdosa, solat 5 waktu kadang Dhuha & Tahajud juga, tapi kami berzina. Aku tak tahu macam mana nak berhenti.

5 bulan bertunang diuji 

Semasa bulan ke-5 bertunang, dan lagi 3 bulan persiapan untuk berkahwin hampir siap 60% hingga 70%, perbuatan terkutuk masih dilakukan sehingga satu hari memakan diri.

Akhirnya mengandung anak luar nikah

mengandung anak luar nikah

Alhamdulillah, itu rezeki kita” itu kata-kata yang keluar dari mulut tunangnya. Ketika itu kandungan berusia 7 minggu.

Katanya, ramai suami isteri lain berusaha nak dapatkan zuriat tapi Allah belum izinkan. Tambahnya, kalau wanita sengaja gugurkan kandungan, rahim akan rosak & kemungkinan tak akan mengandung lagi.

Perlu menikah secepat mungkin

kena nikah

Berbekalkan mas kahwin RM50, dengan sekali lafaz kami sah menjadi suami isteri.

Aku bersyukur, sebab dia nak bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Walaupun aku masih tak pasti dia ke suami terbaik untuk aku?

Kemurungan teruk semasa mengandung 

depresion teruk

Jururawat bersikap kasar bila tahu mengandung anak luar nikah

Nurse marah mengandung anak luar nikah

 

Tak izinkan suami masuk kerana mengandung anak luar nikah

sedih suami tak boleh masuk

Meroyan semasa pantang

meroyan teruk lepas bersalin

10 tahun sudah berlalu

10 tahun berlalu

“Aku bukan nak buka aib sendiri, tetapi ingatlah lelaki dan wanita di luar sana agar menjauhi zina, sekali terjebak, bukan senang nak patah balik kerana syaitan bersorak-sorak.”

Kedua, jika dah terjebak, doalah banyak-banyak supaya Allah tarik balik keseronokan itu. Ketiga, jika sudah mengandung anak luar nikah tolonglah jangan gugurkan.

 

Semoga wanita ini hidup bahagia dengan kehidupannya sekarang. Kepada anda semua di luar sana, ingat, berzina sebelum kahwin memakan diri sendiri.

Sumber: Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...