“Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan….”
Jarang sekali kita mendengar jalan penyelesaian untuk wanita yang terlanjur mengandungkan anak luar nikah. Biasa yang kita lihat ialah cemuhan dan sindiran pada mereka yang mungkin tersasar mengikut nafsu.
Memang benar apa yang dilakukan mereka salah tetapi, kita sebagai manusia perlu membimbing dan menasihati mereka bukannya menyalahkan mereka 100% atas tindakan tersebut.
Seorang wanita bernama Zulaikha telah berkongsikan kisah hidupnya di dalam Twitter tentang dirinya yang terlanjur dengan tunangnya sehingga mengandung anak luar nikah.
Kisah aku terlanjur dengan tunang aku, sehingga aku mengandung anak luar nikah.
Nama aku Zulaikha
Aku seorang yg sentiasa dapat result flying colours sejak dari sekolah
Upsr, pmr, spm: straight A’s
Matrikulasi 4flat
Degree tak pernah bawah 3.8(Thread by curator Zulaikha) pic.twitter.com/6iRvlsA7sC
— Zulaikha | TwtWedding (@twtmalaywedding) October 24, 2019
Menurut Zulaika beliau bertemu dengan tunangnya ketika sedang menuntut di universiti. Ketika itu beliau mempunyai perniagaan tudung atas talian.
“Aku cukup berdikari hidup di universiti, aku tak perlu lelaki bahkan aku benci lelaki sebab aku rasa lelaki ni makhluk pemalas.”
Pada tahun ketiga menuntut di universiti, selepas 8 bulan berkawan dengan seorang lelaki yang rajin berkerja dan baik akhlaknya, mereka bertunang.
Dugaan bertunang bermula
Aku setuju antara dugaan orang bertunang ialah godaan syaitan. Entah kenapa lepas bertunang, dia berani-berani nak sentuh tangan aku. Aku rasa sangat tak selesa, dia minta maaf dan janji tak buat lagi.
Sebulan mengikat tali pertunangan, mereka diuji. Pada waktu ini semua rakan serumah pulang ke kampung halaman kerana cuti semester.
Housemate bagaikan staff part time aku. Diorang yang banyak tolong aku packing tudung untuk pos, bila diorang balik cuti sem, aku lah kena buat sendiri. Masa ni, tunang aku sukarela nak tolong packing tudung hari itu.
Semasa lakukan packing, pintu rumah dibuka luas, dan kami berdua lakukan tugasan di ruang tamu.
“Sini lah silap aku, jeng, jeng, jeng.”
Sedar tak sedar, kami dah terlanjur. Buat pertama kali perasaan takut dan keliru itu datang. Tapi tunang menenangkan dengan memberi pelukan.
Sejak hari itu, berzina semakin lazim dengan kami. Seminggu sekali mesti ‘on’.
Aku rasa sangat berdosa, solat 5 waktu kadang Dhuha & Tahajud juga, tapi kami berzina. Aku tak tahu macam mana nak berhenti.
5 bulan bertunang diuji
Semasa bulan ke-5 bertunang, dan lagi 3 bulan persiapan untuk berkahwin hampir siap 60% hingga 70%, perbuatan terkutuk masih dilakukan sehingga satu hari memakan diri.
Akhirnya mengandung anak luar nikah
Alhamdulillah, itu rezeki kita” itu kata-kata yang keluar dari mulut tunangnya. Ketika itu kandungan berusia 7 minggu.
Katanya, ramai suami isteri lain berusaha nak dapatkan zuriat tapi Allah belum izinkan. Tambahnya, kalau wanita sengaja gugurkan kandungan, rahim akan rosak & kemungkinan tak akan mengandung lagi.
Perlu menikah secepat mungkin
Berbekalkan mas kahwin RM50, dengan sekali lafaz kami sah menjadi suami isteri.
Aku bersyukur, sebab dia nak bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Walaupun aku masih tak pasti dia ke suami terbaik untuk aku?
Kemurungan teruk semasa mengandung
Jururawat bersikap kasar bila tahu mengandung anak luar nikah
Tak izinkan suami masuk kerana mengandung anak luar nikah
Meroyan semasa pantang
10 tahun sudah berlalu
“Aku bukan nak buka aib sendiri, tetapi ingatlah lelaki dan wanita di luar sana agar menjauhi zina, sekali terjebak, bukan senang nak patah balik kerana syaitan bersorak-sorak.”
Kedua, jika dah terjebak, doalah banyak-banyak supaya Allah tarik balik keseronokan itu. Ketiga, jika sudah mengandung anak luar nikah tolonglah jangan gugurkan.
Sumber: Twitter