Seorang pengasas produk kecantikan, Datin Lyanaz Hassan terkejut apabila mendapati dirinya dirakam ketika sedang mandi di bilik sebuah inap desa (homestay).
Kejadian itu berlaku dan apabila usahawan tersebut mendapat tahu difahamkan pekerja homestay berkenaan sudah pun merakam dirinya selama lebih kurang 5 minit.
Selepas mendengar jeritan Datin Lyanaz, suspek cuba melarikan diri dari semak namun berjaya ditangkap oleh staf usahawan berkenaan.
Menerusi TikTok, Datin Lyanaz mendedahkan telefon bimbit suspek telah mereka rampas dan periksa di mana banyak kandungan berunsur lucah terdapat di dalamnya.
Laporan polis juga kemudian terus dibuat dan Datin Lyanaz berkata ibu bapa suspek telah membawanya berjumpa dan memohon agar tidak melibatkan pihak berkuasa.
Sorry ya! Kena ajar! Orang macam ni akan buat orang banyak mana lagi? Kalau tetamu tetamu yang datang sini, berapa ramai lagi dia akan rekod?
Sementara itu, Datin Lyanaz turut berkata dia akan membuat siaran langsung di akaun TikTok pada malam ini bagi menceritakan tentang kejadian berkenaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.