Usahawan kontroversi, Nur Sajat sekali lagi mencuri perhatian warga maya apabila dia baru-baru ini ‘berlakon’ di TikTok sebagai pembaca berita.
Dalam hantaran yang dimuat naik oleh seorang individu itu, Sajat dilihat menjadi wartawan yang sedang melakukan siaran langsung.
Difahamkan, dia tampil mengulas mengenai tragedi bunuh yang membabitkan pasangan kekasih yang terjadi baru-baru ini.
Saya Zakia Anas (Sajat) ingin melaporkan, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa. Hati-hati di jalan raya, janganlah asyik nak bunuh saja.
Bila bunuh, make sure kena pandai. Janganlah nak bunuh, hujung-hujung nak bakar. Tak baik. Lama-lama nanti masuk neraka. Aku bagitahu mak kau, masuk neraka nanti.
Apa yang lebih menarik perhatian dan mencuit hati netizen apabila Sajat berkata suspek kes bunuh berkenaan sudah ‘confirm’ masuk neraka seperti dirinya namun dia masih dalam ‘siasatan’.
Kau memang masuk neraka eh, confirm eh kau. Kau dengan aku, kau dalam lagi sebab membunuh. Aku tak, aku masih lagi dalam siasatan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil memberikan respon lucu dan terhibur dengan ‘lakonan’ Sajat kali ini.
Sajat sebelum ini menjadi tumpuan dan telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen apabila dia dilaporkan telah menjadi ‘show girl’ di sebuah kelab malam di negara Australia.
BACA: “Hati Hancur, Saya Tak Okay..” – Nelydia Senrose Terbang Ke Luar Negara, ‘Healing’ Patah Hati