“Kau Memang Betin* Si*l” – Wanita Sabah Tular Di Twitter, Pinjam Ribuan Ringgit Duit Orang Dan Menghilang

Hiburan

“Kau Memang Betin* Si*l” – Wanita Sabah Tular Di Twitter, Pinjam Ribuan Ringgit Duit Orang Dan Menghilang

Tular di aplikasi Twitter sejak semalam tentang seorang wanita dari Sabah yang didakwa meminjam sebanyak ribuan ringgit namun menghilangkan diri dan tidak membayar hutang.

Kisah itu diceritakan oleh seorang wanita yang juga merupakan individu yang memberikan pinjaman kepadanya sebanyak RM5,000.

Advertisement

Difahamkan, wanita bernama Esther itu berkata dia memerlukan wang kerana perlu membayar hutang ahlong selepas dianiaya oleh rakan sendiri.

Dasar penipu! Cakap kawan kau guna IC kau untuk pinjam dengan Ahlong, sekali kau yang guna IC kawan kau pinjam dengan Ahlong.”

Melalui thread panjang itu, Esther berkata dia sangat terdesak sehingga menyebabkan dirinya kemurungan dan terfikir untuk membunuh diri.

Bukan itu sahaja, selepas 6 hari dipinjamkan RM5,000 dia tanya pula jika wanita itu ada rakan yang boleh pinjamkannya wang.

Namun, apabila ditanya tentang wang yang dijanji untuk dibayar semula itu, Esther memberikan pelbagai alasan.

Selepas perkongsian itu tular, ramai tampil menghubungi wanita ini dan memaklumkan mereka kenal dan ada yang akui pernah tertipu dengan Esther sehingga berbelas ribu.

Sehingga kini, selepas menunggu selama setahun akhirnya wanita itu membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Esther.

Meskipun Esther telah menghubunginya semula dan meminta maaf serta mohon agar ‘posting’ itu dipadam, namun dia tetap bertegas untuk memfailkan saman.

Bukan itu saja, bapa Esther ini juga dikatakan tidak memberikan kerjasama yang baik dalam menyelesaikan hal ini dan juga turut sama menipu sepertinya.

Boleh baca cerita penuh di sini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 bulan lalu

"Dia Selalu Pinjam Duit Kawan" - Tegar Dedah Cerai Sebab 'Stress' Tapi Bekas Isteri Ada Cerita Lain?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...