Pelakon, Liyana Jasmay memuat naik sebuah hantaran di laman Instagramnya meluahkan rasa tidak puas hati dengan seorang individu di dalam industri seni.
Menurut penerbit dan pengarah berusia 34 tahun itu, individu berkenaan sering mempersoalkan mengenai logik sesebuah karya dalam pembikinan filem.
Bagaimanapun, Liyana berkata tindakan itu seolah-olah mematikan minda kreativiti orang-orang yang berseni.
Macam mana nak buat cerita best kalau ada orang dalam industri suka tanya “logik ke?” kau matikan minda kreativiti orang yang berseni.
Bukan itu sahaja, pelakon filem Papadom itu berpendapat bahawa sesebuah filem fiksyen tidak sepatutnya memerlukan logik akal kerana ia berlandaskan dunia fantasi dan bukannya dunia sebenar.
Kalau logik, takyah buat cerita fiksyen. Kau buat je cerita logik real alam dunia sebenar.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Liyana kerana menganggap industri hiburan Malaysia akan sukar untuk berkembang sekiranya wujud sikap seperti individu berkenaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
BACA: “Anita Baharom Tak Cukup Setahun Tak Ada Isu Pun” – Shuib Rimas Netizen Selalu Sibuk Hal Watie