Pempengaruh Shaniena Natasya menyelar tindakan sesetengah individu yang suka mencari gaduh dengan orang lain, bergosip dan berbicara tentang kehidupan selebriti.
Menerusi akaun Threads, pempengaruh berusia 23 tahun itu berkata mereka yang gembar bergosip dan membuat tuduhan di media sosial ini hanya akan menyesal apabila tindakan undang-undang diambil oleh pihak yang difitnah.
Bila kena saman mulalah play victim , ‘please belas kasihan. please jangan buat macam ni, kitaorang ada anak”. Kau masa mulut macam lahanat post pasal orang, ada kau fikir tak anak kau? Apooo.
View on Threads
Tidak menyatakan mana-mana isu namun apa yang dikatakan Shaniena itu boleh dikaitkan dengan apa-apa perkara yang melibatkan gosip, fitnah dan selebriti.
Mana tidaknya, masyarakat kita gembar bergosip dan berbual tentang hal tidak berfaedah terutamanya di media sosial dan mellibatkan selebriti tanah air.