Kecoh di media sosial semalam apabila sebuah video memaparkan beberapa orang individu didakwa netizen telah silap ‘makan’ ulat yang dikatakan sebagai ulat sagu yang terkenal di Sarawak.
Kata netizen, lelaki berkenaan tersilap ulat kerana apa yang di dalam pinggan yang dipegangnya adalah sejenis ‘larva’ atau ‘pupa’ kumbang tanduk dan bukannya ulat sagu yang dimakan kebanyakan penduduk Sarawak.
Ulat sagu? Kauwwwww makan apa ya shaitonnnnnn??? pic.twitter.com/Vtefm7nRVd
— Tuai Rumah Kitai (@TuaiRumahKitai) June 6, 2022
Dalam video tersebut, lelaki itu berkata akan memasak ‘ulat sagu’ berkenaan secara siaran langsung ataupun ‘live’.
Namun begitu, menjengah ke ruangan komen, ada netizen berpendapat lelaki itu hanya membuat video berkenaan demi ‘content’ kerana didakwa tidak pernah makan pun sebenarnya hidangan serangga berkenaan.
“Ni bukan ulat sagu rasanya, ni pupa kumbang tanduk. Banyak dijumpai dalam pokok kelapa sawit” komen netizen.
Apalah rasa ulat tu kan?