Sejak kebelakangan ini, nama penyanyi Adira Suhaimi sering menjadi bualan ramai selepas dia memfailkan penceraian terhadap suami, Datuk Red secara mengejut.
Adira sudah hilang sabar?
Terbaru, Adira ada memuat naik satu perkongsiaan meluahkan rasa marahnya terhadap seseorang yang menuduh dia jahat hingga membuatkan hantaran tersebut raih perhatian.
Malah, penyanyi tersebut meminta individu itu untuk tidak membuat cerita seakan-akan dirinya mulia dan menjadi mangsa.
Status marah tuju pada siapa?
Kalau nak cerita pasal saya yang terpaling jahat, tak kisah. Tapi, jangan lupa cerita jahat kau juga.
Dalam hantaran terbabit, Adira tidak menyebut nama mana-mana pihak dan itu telah membuat netizen tertanya-tanya siapakah yang telah membuat artis itu meluahkan rasa marah di media sosial.
Sekadar info, biarpun Adira telah memfailkan cerai terhadap Datuk Red, jejaka itu seakan-akan tidak mahu mengalah untuk tambat hatinya semula kerana memikirkan anak-anak.