‘Kau Jangan Pecah Amanah!’ – Didie Alias Dakwa Rakan Kongsi Songlap Ratusan Ribu Duit Syarikat

Hiburan

‘Kau Jangan Pecah Amanah!’ – Didie Alias Dakwa Rakan Kongsi Songlap Ratusan Ribu Duit Syarikat

Didie Alias bukan saja merupakan seorang pelakon, dia juga ada membuka sebuah syarikat bersama rakan kongsinya. Menerusi laporan mstar, syarikatnya telah mengalami kerugian sehingga ratusan ribu ringgit gais. Apa dah jadi ni?

Kerugian yang dialami syarikat itu didakwa dilesapkan oleh rakan kongsinya sendiri. Sebelum ini, dia telah memberi tempoh kepada individu berkenaan untuk memberi penjelasan selama tiga bulan. Bukan kejap tu, tapi disia-siakan saja tanpa sebarang kenyataan.

Advertisement

Jangan kau pecah amanah! Saya berdiam diri selama tiga bulan dan bagi dia masa untuk buktikan yang dia berada di pihak yang benar namun individu itu tak pernah datang… tapi tak apa, kita ada undang-undang

Saya dah buat laporan di balai polis dan sekarang dia sedang disiasat. Kerugian yang saya alami bukan sikit, kalau setakat seratus dua mungkin wartawan tak nak tahu pasal ini.

Tapi ini melibatkan ratusan ribu ringgit dan itu adalah duit orang, bukan duit saya!

Kalau dulu sebelum buka syarikat ‘kita buat sama-sama kita untung sama-sama’. Tapi bila dah nampak duit sampai beratus ribu terus lupa segala janji dan amanah ke? Macam tu? Semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan baik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...