Baru-baru ini, viral di aplikasi TikTok mengenai sebuah hantaran video oleh selebriti media sosial dan pelakon iaitu Norreen Iman Abdullah yang telah mendapat perhatian orang ramai.
Menerusi video tersebut, Norreen dipercayai telah ditipu oleh seorang lelaki semasa sedang bercuti di Hatyai.
Malah, pelakon drama Pelindung Seorang Puteri itu turut dilihat sudah hilang sabar dan mengamuk selepas lelaki berkenaan masih lagi menafikan dan berdolak-dalik dari perkara sebenar walaupun sudah cuba untuk berbincang dengan baik.
Aku bawa anak-anak aku tau. Kau jangan main-main dengan aku tau, aku bawa mak aku tau.
Difahamkan, jika Norreen tidak berjaya mendapatkan wang yang sepatutnya digunakan untuk bayaran pengangkutan pulang ke Malaysia, dia terpaksa menggunakan wang sendiri sebanyak RM5,000 walaupun sudah membayar penuh pakej percutian tersebut.
Kau buat apa dengan duit tu? Jangan buat-buat tak tahu. Aku nak tahu duit tu mana? Apa yang nak pusing-pusing lagi?
Walaupun lelaki itu telah melunaskan semua bayaran pada hari terakhir, Norreen tetap tekad untuk membuat laporan polis kerana semua maklumatnya masih ada dengan lelaki tersebut dan juga bagi memastikan keselamatan mereka semua.
Dia telah menggunakan nama orang termasuk saya untuk meyakinkan orang lain atas apa yang dia lakukan.
@norreen143_
Meninjau di ruangan komen, perkongsian video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-ratanya berkongsi pengalaman sama apabila sering ditipu agen percutian di negara tersebut.
Pergi Thailand pun ada scammers ingat nak gi umrah je ada scammers hm – Netizen.
“It’s happen to us, the person yang incharge our trip mintak lebih bayaran pulak and 2nd day tiba tak ada van and baru tahu van bayar for 1 day je,” tulis seorang pengguna TikTok.