Pelakon Janna Nick menghentam sesetengah pihak yang mempertikaikan aktivis wanita menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.
Menerusi Threads, Janna meluahkan rasa berang dan menghentam mereka yang banyak bercakap secara negatif berkenaan perjuangan aktivis GSF.
Celaka la siapa yang pertikai kenapa perempuan pergi (GSF). Siapa komen negatif pasal perjuangan para aktivis ni semua, korang memang bod*h.
Tambah Janna, jika tidak mampu untuk membuat kebaikan, setidak-tidaknya janganlah pula mempertikai usaha dan pengorbanan orang lain terutamanya yang menyertai misi berisiko seperti GSF.
Kau ingat dorang live dekat TikTok tu seronok seronok ke? Kalau dulu ada makcik cakap tak boleh duduk dengan orang B40, hari ni I nak cakap, I tak boleh duduk dengan orang T20 tapi bod*h sombong. Please la, jijik!
View on Threads
Hantaran itu meraih perhatian dan menerima pelbagai respon berbeza daripada orang ramai di mana sesetengah daripada mereka bercakap tentang kenyataan diberikan pereka fesyen, Rizalman sebelum ini.
Dalam pada itu, ramai mengkritik Janna kerana menggunakan perkataan kesat dan memaki hamun dalam memberikan teguran selain ada yang dilihat bersetuju bahawa wanita tidak sepatutnya pergi tanpa mahram.