“Kau Ingat Dia Kaya Ke?” – Adik Beradik Ira Kazar Dakwa Yusof Haslam Bayarkan Peguam Puteri Sarah

Hiburan

“Kau Ingat Dia Kaya Ke?” – Adik Beradik Ira Kazar Dakwa Yusof Haslam Bayarkan Peguam Puteri Sarah

Terkini! pelakon Puteri Sarah Liyana memuat naik hantaran di Instagram Story memaparkan tangkap layar mesej perbualan antaran abang kepada Ira Kazar iaitu Naem Kazar bersama seorang individu.

Menerusi hantaran tersebut, Naem telah mendakwa peguam yang diambil Puteri Sarah telah dibayar oleh bapa mentuanya, Dato’ Yusof Haslam.

Advertisement

Menurutnya lagi, perkara tersebut juga menjadi punca mengapa Yusof Haslam tidak dapat menahan sebak sewaktu ditemu bual oleh pihak media.

Bukan itu sahaja, Naem turut mendakwa kenyataan yang dikeluarkan oleh Puteri Sarah sering bertukar-tukar sehingga menyebabkan peguam keliru.

Tidak berdiam diri, Puteri Sarah berkata hanya tuhan sahaja yang mengetahui betapa dia sudah bekerja keras untuk meraih pendapatan.

Siang malam kerja bersengkang mata cari rezeki. Senang-senang je belah sana bercerita kata lawyer saya Shamsul & bapa mentua yang bayar.

Bukan itu sahaja, pelakon berusia 37 tahun itu turut meminta ahli keluarga Ira Kazar untuk berbincang dengan peguam sekiranya ada yang tidak puas hati.

Mula-mula bapak, lepastu kakak, ni abang pulak. Lepas ni siapa pulak yang nak keluar statement. Satu family ni dah kenapa?

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

puteri sarah, ira kazar
1 year ago

"Nak Jadi PS Dimata Sol Ke Tu.." - Fesyen Dibandingkan, Ira Kazar Didakwa Cuba Tiru Puteri Sarah?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...