“Kau Ingat Deactivate, Kes Tutup..” – Berang Diperli Di Media Sosial, Puteri Sarah Kesan Tempat Kerja & Nombor Telefon ‘Hater’

Hiburan

“Kau Ingat Deactivate, Kes Tutup..” – Berang Diperli Di Media Sosial, Puteri Sarah Kesan Tempat Kerja & Nombor Telefon ‘Hater’

Tidak mahu berdiam diri menjadi mangsa buli, pelakon Puteri Sarah Liyana memberitahu dia sudah dapat menjejaki lokasi tempat kerja seorang lelaki yang telah menghina dirinya melalui media sosial.

Hanya berani di media sosial

Melalui sebuah status yang dimuat naik di aplikasi X, Sarah mengatakan dia telah mencari tahu tentang lelaki tersebut termasuklah mendapatkan nombor telefonnya.

Advertisement

Tambahan pula, aktres ini juga mengatakan individu tersebut hanya berani mengecam di media sosial namun takut dijumpai orang ramai.

Mamat Afiq ini mesti tak pernah kena apa-apa kan. Sebab itu kurang ajar setiap masa dan dia ingat terlepas. Dekat dalam media sosial sahaja berani.

 

Dah tahu tempat kerja dia dan dah ada nombor telefon pun. Ramai sakit hati dengan kau ni. Kau ingat deactivate, kes tutup?

— Puteri Sarah Liyana (@sarahmegat) April 15, 2024

Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata ini turut berharap lelaki berkenaan dibuang dari tempat kerjanya sebagai penghantar makanan dikeranakan sikapnya itu.

Dengar kata tengah training. Tolong buang staff toksik begini. Since kalian (majikan) pun dah tahu perkara ini viral.

Sebelum ini, seorang individu yang digelar Afiq Azni telah meninggalkan satu komen di hantaran gambar Sarah bersama Bella Astillah mengatakan mereka merupakan ‘geng secondhand’.

Tak lama kemudian, Sarah membidas individu itu dan berkeras akan mengambil tindakan ke atas kata-kata biadap lelaki terbabit.

2 weeks ago

"Kemain Kau Hina Aku Dengan Bella, Kat Sini Pengecut Pulak" - Puteri Sarah Dedah Komen Lelaki Di IG, Rupanya Memang Suka Cari Pasal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...