“Kau Ingat Benda Ni Kelakar Ke? Musibah Betul!” – Guru Dikecam Guna Anak Murid Buat Trend ‘Marry Me’ Di TikTok

Trending

“Kau Ingat Benda Ni Kelakar Ke? Musibah Betul!” – Guru Dikecam Guna Anak Murid Buat Trend ‘Marry Me’ Di TikTok

Pelbagai jenis trend ada di aplikasi TikTok dan baru-baru ini pula trending di aplikasi itu tarian ‘Marry Me’ yang memaparkan pasangan menghulurkan jari manis mereka dan menari selepas disarungkan cincin.

Namun, trend itu digunakan oleh seorang guru untuk membuat ‘content’ membabitkan anak muridnya di sekolah dan telah mendapat teguran daripada pakar motivasi Akhi Fairuz Al-Jengkawi.

Advertisement

Menerusi Instagram, Akhi Fairuz telah mempersoalkan tujuan guru itu merakam video berkenaan dengan anak muridnya.

Ya Allah, apa benda ni?! Cikgunya tak ada kerja lain ke? Demi secebis konten, sanggup gunakan budak-budak untuk ikut trend video TikTok.”

Jelasnya, tindakan itu tidak beretika dan melampau apabila ia dilakukan oleh seorang insan bergelar warga pendidik.

Menurutnya, murid pada usia itu seeloknya diajar tentang sentuhan selamat dan tidak selamat tetapi sentuhan lain pula yang ditunjukkan.

Melalui kemas kini di posting tersebut, kata Akhi ada yang menjelaskan bahawa dua kanak-kanak tersebut merupakan sepupu.

Namun begitu, perkara tersebut tetap tidak wajar dilakukan oleh seorang guru yang seharusnya mendidik mereka tentang dosa dan pahala.

Video tersebut ternyata turut menimbulkan rasa kurang senang ramai netizen terutamanya golongan ibu bapa.

Ramai mengecam guru terbabit kerana menggunakan anak murid untuk meraih ‘views’ apatah lagi rakaman dibuat di dalam kelas.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

3 years ago

(VIDEO) "Cara Jawab Tu.." - Cikgu Hempuk Muka Anak Dengan Buku, Netizen Pertikai Adab Murid

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...