“Kau Ingat Aku Dan Orang Lain Boleh Pilih Ke Sakit Apa Yang Nak Datang!”

Trending

“Kau Ingat Aku Dan Orang Lain Boleh Pilih Ke Sakit Apa Yang Nak Datang!”

Tidak dinafikan, pada masa kini ramai yang mengambil insurans perubatan. Iyalah, kita tak tahu bagaimana keadaan kita pada masa akan datang. Dengan adanya kad perubatan, boleh juga biaya kos perubatan jika terkena penyakit serius di masa hadapan. Bagaimanapun, realitinya, menuntut insurans perubatan bukan perkara mudah.

insuranslahanatSeorang pengguna Facebook, Mohd Azrul menceritakan pengalamannya cuba menuntut kelulusan surat jaminan (GL) dari sebuah syarikat takaful bagi membiayai perubatan anaknya yang dimasukkan ke wad sebuah hospital kerana demam virus.

Advertisement

Bagaimanapun, usaha Mohd Azrul membuahkan hasil yang mengecewakan. Ikuti pengalaman beliau di bawah:

Saya nak viralkan rasa tertipunya saya dengan polisi syarikat insurans PrudentialB** —FULL ini.. Harap leh jadikan iktibar untuk rakan-rakan yang nak ambil polisi syarikat ini di masa akan datang.

Kisahnya macam ini:-

12/8/2016- pukul 9.00 malam macam itu si abang demam and selepas bincang dengan isteri, putuskan untuk bawa pergi klinik biasa di Sunway. Kemudian balik rumah makan ubat macam biasa.

13/8/2016 – 9.00 malam abang masih di bawah ubatan klinik, tapi demam si abang tak kebah-kebah. Jadi saya bincang dengan isteri, kemudian kami putuskan bawa ke hospital Assunta PJ sebab mata abang dah merah menyala. Badan panas gila.

Kami periksa sendiri guna termometer, suhu badan abang dah mencapai 38.6-39°C.  Saya terus memandu ke kaunter kecemasan. Doktor dan jururawat putuskan suruh abang mandi dan terus bagi ubat cucuk punggung tu. Barulah suhu turun sedikit. Kemudian doktor pantau setiap jam, bagi ubat dan akhirnya mereka putuskan abang mesti dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut. Dia disyaki kena demam virus. Saya beritahu doktor abang ada insurans kad perubatan dan saya beri kad itu kepada mereka untuk urusan kemasukan.

Kemudian selepas itu drama sinetron pun bermula…

Hospital beritahu pihak insurans akan beri respon pagi esoknya (14/8) jadi saya perlu membayar RM 200 sebagai deposit. Okay, saya bayar sajalah. Pagi berikutnya (14/8) jururawat datang bilik beritahu insurans menolak untuk mengeluarkan surat jaminan (GL) sebab kes abang katanya dirawat sebagai kes pesakit luar. Apa pun, kemaskini terbaru doktor cakap abang kena INFLUENZA-B (spesis selsema bejangkit dan agak bahaya jugalah). Bahaya ke tak bahaya, si abang demam dan tak elok-elok lagi. Apa pun saya kena teruskan rawatan walaupun insurans tak luluskan untuk surat jaminan.

14/8/2016- Ejen insurans telefon dan datang hospital namanya En. Wan (tak dikenali sebab ejen yang dikenali dah tak lagi aktif) datang hospital melawat dan bincang isu ejen yang dah tak aktif itu dan ingin ambil alih polisi kami itu di bawah beliau. Beritahu yang justifikasi doktor (demam virus) tak kuat. Kena hantar semula permohonan GL lain. Doktor kena beri justifikasi yang kukuh, bla bla bla. Dan kalau tak boleh tuntut insurans pun, hanya bayar tunai dan kemudian boleh buat tuntutan.

Kemudian, saya rujuk semula doktor dan jururawat.. Doktor cakap akan letakkan INFLUENZA-B untuk kes abang. Harap insurans boleh payung. Legalah sedikit saya dengar.

15/8/2016 – Percubaan kedua mohon GL masih tak lepas. Abang pun alhamdulilah dah nampak sihat dan tak payahlah nak pening-pening dengan insurans gila itu.

Jadi saya bincang dengan doktor minta abang dikeluarkan dari wad. Lepas bayar bil semua kami pun balik. Insurans telefon pukul 1.30 petang beritahu yang mereka tolak permohonan GL atas sebab blab bla bla (sama macam di atas).

Dan yang paling teruk tak boleh buat tuntutan sebab sakit jatuh kategori pesakit luar. Naik darahlah aku. Sia-sia sajalah kau makan maki aku setengah jam.

Saya tanya insurans apa jenis justifikasi yang diperlukan untuk jenis demam yang kritikal perlu dimasukkan ke wad atau tak. Dah sampai tahap doktor tahan wad pun takkan tak kritikal lagi. Bukan aku suka-suka nak tidur hospital kot.

Masa bayar bulan-bulan cantik tak ada masalah. Ejen pun entah ke mana. Masa sakit kau ingat aku dan orang lain boleh pilih ke sakit apa yang nak datang! Nak tunggu orang datang hospital berdarah-darah macam nak mati baru luluskan GL kot! Lahanat punya insurans! Perlindungan penuh kepala bana macam ini!

Sekarang ini saya putuskan untuk tolak bayar insurans ini mulai bulan depan. Saya sangat super-bengang dengan perkhidmatan kamu PrudentialB** —-FULL.

Mungkin ada penerangan yang konkrit mengenai perkara ini, yang menyebabkan syarikat insurans tidak meluluskan GL untuk kos perubatan anak Mohd Azrul. Apa pun, beliau sudah pun membuat keputusan untuk berhenti membayar kepada takaful dan menggunakan insurans kad perubatan. Itu satu pelanggan yang sukar diraih semula. Kita tunggu saja jika ada perkembangan lanjut kes ini.

Sumber: Mohd Azrul

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...