“Kau Ingat 300L Tu Bersamaan 300KM? Kampung Dekat China Ke” – Individu Persoal Kuota 300L RON95 Tak Cukup, Netizen Tampil ‘Sekolahkan’

Kehidupan

“Kau Ingat 300L Tu Bersamaan 300KM? Kampung Dekat China Ke” – Individu Persoal Kuota 300L RON95 Tak Cukup, Netizen Tampil ‘Sekolahkan’

Boleh dikatakan, sejak semalam, topik mengenai rakyat Malaysia bakal menerima siling kelayakan bulanan RON95 sebanyak 300 liter menerusi BUDI95 hangat diperkatakan oleh warganet di media sosial.

“Kerajaan tak habis study ke sebelum buat keputusan?”

Biarpun ia merupakan sumbangan yang bermakna, tetapi terdapat beberapa pertikaian timbul di platform Threads, di mana ada sesetengah netizen mempertikaikan cukup ataupun tidak kuota bulanan 300 liter tersebut kerana ada individu yang terpaksa berulak-alik 50km dari rumah ke tempat kerja setiap hari.

Advertisement

cukup ke 300 liter

Dalam pada itu, individu itu turut persoal bagaimana pula untuk seseorang yang tinggal di Kuala Lumpur dan perlu pulang ke kampung sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk menziarahi ibu bapa.

300 liter sangat banyak dan mencukupi

Susulan hantaran tersebut telah tular, ramai netizen mengatakan jumlah 300 liter itu sangat banyak, malah ada juga yang berkongsi hasil jawapan daripada ChatGPT yang mengandaikan jika individu tersebut menggunakan kenderaan jenis Perodua Bezza.

cukup ke 300 liter

Difahamkan dari penjelasan itu, dengan 300 liter tersebut, individu berkenaan boleh berulang-alik dari Damansara ke Kodiang sebanyak 6 kali dalam sebulan.

Malah, ada yang menyatakan jika seseorang memandu dari Perlis ke Kelantan dengan melalui seluruh Semenanjung Malaysia sekalipun, 300 liter itu sangat mencukupi.

budi95
2025-09-23 21:12:37

MOF Nafi Had Pembelian RON95 Sekali Sehari, Harga Subsidi Kekal Terjamin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...