Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Kau Hado…?” Baru Sambutan ‘Geli-Geli’, DS Vida Rai Hari Jadi Kacak Di Butik Mewah

Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida (DSV) baru-baru ini ada membuat ‘kecoh’ di sebuah butik mewah yang terletak di Pavillion Kuala Lumpur ternyata telah menarik perhatian warga net.

Manakan tidaknya, DSV dilaporkan telah membuat sebuah kejutan untuk meraikan hari jadi anak lelakinya iaitu Kacak.

Advertisement
DSV KAcak dan CIk BSumber : Instagram Datuk Seri Vida  

Perkara tersebut dikongsikan sendiri usahawan tersebut menerusi Instagram miliknya untuk tontonan peminat dan pengikut media sosialnya.

Dalam hantaran video tersebut, kelihatan DSV memilih butik berjenama mewah, Christian Dior untuk mengadakan majlis kejutan hari jadi tersebut.

Menerusi kapsyen, dia memberitahu bahawa sambutan yang diadakan itu sekadar ‘geli-geli’ ataupun suka-suka sebelum mengadakan majlis rasmi anak kesayangannya itu di kemudian hari.

“Birthday celebration @kacak_. Surprise birthday Kacak. Ni baru ‘geli-geli’ nanti kita buat yang betul-betul okay.” tulisnya pendek.

Advertisement

Meskipun begitu, reaksi DSV ketika disuruh memakai pelitup muka sebelum memasuki pusat membeli-mewah itu menjadi pertikaian netizen. Ada peminat tampil memberi nasihat agar DSV sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan tidak menyalahkan sama sekali pegawai keselematan yang bertugas.

Namun, sepanjang kejutan hari lahir itu, majlis tersebut telah berjalan dengan lancar dan keluarga DSV juga dilihat menjaga SOP sepanjang berada dalam butik mewah itu.

Apa-apapun, selamat hari jadi diucapkan buat Kacak!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama