“Kau Gila Ke!” – Dakwa Boleh Mengetatkan, Wanita Suruh ‘Sumbat’ Serum Dalam Vagina Teruk Dikecam

Kehidupan

“Kau Gila Ke!” – Dakwa Boleh Mengetatkan, Wanita Suruh ‘Sumbat’ Serum Dalam Vagina Teruk Dikecam

Sedia maklum, sudah banyak pakar kesihatan memberitahu bahawa wanita tidak perlukan sebarang ubat-ubatan ataupun wangian untuk kemaluan mereka.

Tetapi, sehingga kini kita dapat lihat masih ramai lagi yang ‘cetek’ pengetahuan mengenai perkara ini dan mempercayai kata-kata penjual yang menjual produk seperti mengetatkan ataupun memberi wangian untuk vagina.

Advertisement

Seperti video yang tular baru-baru ini di platform Twitter, seorang wanita didapati telah menjual satu produk yang didakwa untuk mengetatkan semula vagina wanita dan cara penggunaan produk terbabit membuatkan ramai netizen ‘menepuk dahi’ melihatnya.

Melalui video TikTok yang dimuat naik semula oleh pengguna terbabit, didapati penjual produk tersebut memberitahu cara penggunaan ‘serum’ tersebut dan ia perlu dimasukkan di dalam vagina untuk mendapatkan hasilnya.

Sememangnya hal berkenaan telah menarik perhatian netizen dan rata-ratanya mengecam wanita tersebut kerana ia sama sekali ‘mitos’ dan hanya akan membahayakan kesihatan pembeli.

komen netizen

Video tersebut bukan saja menarik perhatian netizen, malah influencer Ceddy juga berasa terkejut melihat keberanian wanita tersebut menyebarkan perkara yang tidak benar.

komen netizen

Difahamkan juga, wanita yang menjual produk terbabit turut pernah viral sebelum ini apabila dia menjual sunblock, namun harus diminum dan bukannya di pakai di atas kulit.

Selain itu, kami akan kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

4 bulan lalu

"Jual Gula Ke Sunscreen?" - Netizen Kritik Wanita Jual 'Drinkable Sunblock', Kandungan Gula Sangat Tinggi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. julajulibintang3

    September 19, 2022 at 10:32 am

    sometimes….orang cantik memang BODOH!!!
    Kesian..

    • Anonymous

      September 19, 2022 at 4:06 pm

      cantik ape..aku tgk muka kat sekitar hidung penuh bintik2..dari sibuk nk ketatkan vagina elok dia buang jeragat kat muka dia dl. buruk..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...