“Kau Dah Malukan Aku & Keluarga, See You In Court” – Lesap Di Hari Nikah, Lelaki Terkejut Tunang Bakal Dikahwininya Rupanya Isteri Orang Lain

Kehidupan

“Kau Dah Malukan Aku & Keluarga, See You In Court” – Lesap Di Hari Nikah, Lelaki Terkejut Tunang Bakal Dikahwininya Rupanya Isteri Orang Lain

Seorang lelaki mendakwa telah ditipu oleh wanita yang juga merupakan tunangnya dan berkata dia akan mengambil tindakan mahkamah terhadap individu terbabit.

Menerusi hantaran yang tular, lelaki berasal dari Sarawak itu mendakwa wanita itu telah berkomplot dengan bapanya untuk menipu dirinya dan keluarga.

Advertisement

Difahamkan, mereka sepatutnya bernikah pada 10 Oktober lepas dan diikuti dengan majlis persandingan pada 11 November namun segalanya tidak berjalan lancar seperti yang dirancang.

tunang

Kata lelaki itu, wanita terbabit telah memalsukan identiti dan sebenarnya berstatus isteri orang serta turut mempunyai dua orang cahaya mata.

Sampai di Daro, kami terus pergi homestay yang dah ditempah dan terkejut bila owner homestay cakap takde apa-apa pesanan yang diterima untuk tarikh tu. Aku pun call la berkali-kali bakal pengantin perempuan tapi tak ada respon.

Keesokan hari, dia dan keluarga pergi ke rumah pengantin untuk majlis pernikahan namun terkejut apabila mendapati tiada persiapan dibuat.

Ketika itulah semua terbongkar selepas ibu saudara wanita itu menceritakan perkara sebenar dan dia juga dimaklumkan bahawa nama yang digunakan ‘tunangnya’ itu adalah palsu.

Lelaki itu telah membuat laporan polis terhadap wanita berkenaan yang dikatakan bekerja dengan Jabatan Imigresen Malaysia malah dia turut menggesa badan beruniform tersebut mengambil tindakan terhadapnya.

Kau dah memalukan aku dengan keluarga aku. See you in court!

Apabila ditanya, lelaki itu berkata urusan dan proses daftar nikah mereka tidak dilakukan olehnya kerana wanita tersebut beria-ia mahu menguruskan sendiri.

komen

suami dimadukan
1 year ago

"Saya Tak Pernah Ceraikan Dia, Baru Dapat Sijil Nikah" - Hilang Sejak Januari, Suami Dapat Tahu Isteri Kahwin Dengan Lelaki Lain

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...