“Kau Dah Kantoi Main Dengan 4 Jantan” – Lelaki Cederakan Isteri Kerana Tolak Seks, Adik Tampil Buat Pendedahan

Hiburan

“Kau Dah Kantoi Main Dengan 4 Jantan” – Lelaki Cederakan Isteri Kerana Tolak Seks, Adik Tampil Buat Pendedahan

Baru-baru ini, seorang lelaki mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengugut bunuh dan mencederakan isterinya hanya kerana menolak untuk melakukan hubungan seks.

Insiden tersebut menjadi perbualan hangat di media sosial di mana ramai warganet menghentam lelaki tersebut kerana perbuatannya itu.

Advertisement

Lebih mengejutkan, seorang individu yang mengakui dirinya adik kepada lelaki berkenaan membuat pendedahan tentang kakak iparnya.

Individu berkenaan mendakwa kakak iparnya sudah ‘kantoi’ melakukan hubungan seks dengan empat lelaki lain dan ia adalah punca sebenar abangnya bertindak sebegitu.

komen fb

Terdahulu, mengikut pertuduhan, Syed Fakrulrazi Syed Abdul Rahman, 41, didakwa sengaja menyebabkan cedera parah terhadap isteri, Rabiatul Adawiyah Abu Hassan, 33 tahun dengan menghantukkan kepalanya ke hidung mangsa.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Taman Tanjung Minyak Perdana, Melaka pada 12 Februari lepas pada kira-kira jam 10 pagi.

Tertuduh juga didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A akta sama, sabit kesalahan membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun atau denda.

Pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa menakutkan isterinya dengan kata-kata ugutan akan membunuhnya di tempat, tarikh dan masa yang sama.

Bagi pertuduhan itu pula, dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan.

suami gila seks
1 year ago

(VIDEO) "Aku Ni Kahwin Dengan Laki Gila S*ks Ke" - 'Nak 'Bersama' Walaupun 'Period', Isteri Trauma Layan Suami

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...