“Kau Cuit Apa B*ngsat?” – Tular Video Perubatan Islam Sentuh Badan Wanita Tanpa Lapik, Netizen Dakwa Ia Gangguan Seksual?

Kehidupan

“Kau Cuit Apa B*ngsat?” – Tular Video Perubatan Islam Sentuh Badan Wanita Tanpa Lapik, Netizen Dakwa Ia Gangguan Seksual?

Tular di media sosial semalam mengenai satu video memaparkan seorang wanita menjalani perubatan alternatif ‘berubat’ membuang makhluk halus di dalam badan.

Namun, ia menjadi bahan bualan netizen apabila perawat itu didakwa seperti melakukan gangguan seksual kerana netizen mendakwa lelaki itu telah menyentuh bahagian badan sensitif pesakit berkenaan.

Advertisement

Dalam video berkenaan, perawat itu dilihat menyentuh bahagian peha dan bahagian sulit wanita berkenaan yang dilihat meraung sakit dipercayai terkena gangguan makhluk halus.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi pendapat bahawa cara perubatan alternatif terutamanya yang dianjurkan Islam tidak sepatutnya dilakukan dengan cara sedemikian, iaitu menyentuh bahagian badan jantina lain tanpa pelapik dan sebagainya.

Kalau perubatan Islam bukan macam ni caranya. Ada batas antara lelaki dengan perempuan. Kebiasaannya orang yang mengubat itu pakai sarung tangan. Ni lain macam jer.

Kata netizen lagi, perawat berkenaan seolah-olah ingin mengambil kesempatan kerana tidak meletakkan batas pergaulan dengan menyentuh secara sesuka hati ke atas badan wanita.

twitterSumber : Twitter  

Namun begitu, ada juga yang membandingkan keadaan di mana seorang wanita yang melahirkan anak di hospital dan terdedah kepada penglihatan doktor lelaki tanpa batasan.

Ntah la..nak kata sexual harrasment, masa mak kita beranakkan kita doktor lelaki dok jolok dok tengok celah kangkang mak kita tu menda?

Ada juga yang merasakan perbuatan itu sebagai normal kerana makhluk halus sememangnya suka ‘berada’ di saluran darah yang besar seperti peha manusia.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

rumah orang tua -tua
2 years ago

Risau Dah Tua Nanti Tak Ada Siapa Nak Jaga? Ini Panduan Memilih Rumah Orang Tua Terbaik

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...