“Kau Cerai Je, Bini Kau Bukan Boleh Mengandung Pun”, Wanita Ini Telan Sindiran Sinis Mertua Durjana

Trending

“Kau Cerai Je, Bini Kau Bukan Boleh Mengandung Pun”, Wanita Ini Telan Sindiran Sinis Mertua Durjana

Saya dah lama kahwin dan masih tak dapat zuriat. Adk ipar akan berkahwin selepas raya tahun depan. Saya terdengar keluarga mertua cakap mereka mengharap sangat dan pasti yang adik ipar saya boleh memberikan mereka cucu sebab mereka tak boleh mengharapkan saya.

Advertisement

Mereka siap cuba menghasut suami saya untuk berkahwin lagi dengan anak kepada kawan ayah mertua saya agar suami boleh mendapatkan zuriat.

Pada mulanya, suami tidak mempedulikan itu semua. Lama kelamaan, suami sudah termakan pula hasutan mereka.

“Malu saya masa raya nak balik ke kampung. Orang asyik bertanya tentang anak sahaja. Awak ni bilalah agaknya nak mengandung? Susah sangat, kalau sebelum raya tahun depan awak masih tak mengandung juga, tak payahlah awak ikut saya balik ke kampung. Awak balik ke kampung awak, saya balik ke kampung saya. Kita cerai saja,” kata suami.

Alangkah sedihnya hati saya bila mendengar dia berkata begitu.

Adik ipar pula banyak kali mempersendakan saya dengan melemparkan kata-kata yang tidak sepatutnya.

Aku rasa nak cepatkan tarikh kahwinlah.” katanya.

“Kenapa?” soal saya.

“Sebab mak nak cucu. Aku nak cepat bagi mak cucu,” sindirnya tak bertapis lagi membuatkan hati saya terasa sedih.

Saya pernah cuba mahu mendapatkan rawatan. Tetapi bila saya pergi ke klinik atau hospital, doktor suruh saya datang bersama suami. Doktor tidak akan meneruskan rawatan jika saya datang seorang diri atau suami datang seorang. Doktor mahu kedua-duanya hadir agar mereka boleh mengenalpasti siapa yang tidak subur.

Tetapi bila saya beritahu suami, dia marah saya.

“Apa pasal pula saya yang kena buat rawatan bagai ni? Keturunan saya belum ada lagi yang mandul. Awak pergilah check seorang diri. Awak yang bermasalah, bukannya saya,” bentaknya.

Saya sangat-sangat tertekan dan terdesak. Tak tahu di mana lagi saya perlu meminta bantuan yang mana membolehkan saya mendapatkan rawatan tanpa memerlukan suami hadir bersama. Saya tak banyak masa, sebelum raya tahun hadapan saya perlu mengandung.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...