Pelakon, penyanyi dan usahawan, Azza Elite mendedahkan wajah bekas pekerjanya yang telah mencuri duit hasil perniagaannya.
Menerusi hantaran yang dibuat di akaun Instagramnya, dia tidak mahu mendedahkan bekas pekerjanya itu tapi telah digesa dan diyakinkan oleh rakannya yang lain kerana Azza tidak mahu mengaibkan sesiapa.
Selebriti itu menjelaskan bekas pekerjanya itu telah menukar QR yang sebenar kepada QR miliknya.
Staff saya yang tukar QR saya pada QR beliau.
Pelakon itu berharap agar Tuhan memberikan bekas pekerjanya itu kesedaran kerana telah mengambil haknya, keluarga serta rakan kerjanya yang lain.
Dia turut mempersoal tindakan bekas pekerjanya itu kerana menurutnya ia bersifat seperti tidak memiliki belas kasihan terhadapnya lebih-lebih lagi dia memiliki anak yang harus bersekolah khas.
Usahawan kek coklat itu turut menyatakan bahawa dia telah membuat laporan polis atas kes bekas pekerjanya mengambil kesempatan atas susah payahnya menjual kek.
Walaupun kesal akan tindakan pekerjanya, dia tetap berdoa agar individu tersebut mampu membayar kembali duit hasil perniagaan kek itu dan memudahkan segala urusannya.