Usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri semalam telah tampil dengan satu rakaman video memberi respon terhadap komen yang dilontarkan kepada anaknya.
Menerusi video di TikTok itu, seorang individu tidak dikenali telah berkata anak usahawan kosmetik itu seperti India dan ia dipercayai dilontarkan kepada Ammar Ahyyan.
Jelas Aliff menerusi klip pendek itu, dia tidak kisah dengan komen tersebut kerana menurutnya setiap manusia memiliki ciri keunikan yang berbeza dan tersendiri.
Ada orang suka muka Chinese look, ada orang suka muka India, tak salah pun kalau nak muka India pun.”
Tambahnya lagi, dia tidak kisah individu tersebut mahu berkata sebegitu tentang anaknya kerana apa yang lebih penting adalah mereka kemas dan seorang yang pembersih.
Tak kisah lah ko nak hina anak aku apapun, kau bukan sempurna pun nak hina anak aku.”
@aliffsyukriterlajaklaris Replying to @user1467650542330
Ramai netizen bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Aliff dan mempertahankannya malah rata-ratanya turut memuji wajah anak sulungnya yang kacak kerana mempunyai rupa seperti kacukan Arab.