“Kau Bukan Orang Putih, Jangan Mengada-Ngada” – Adibah Noor ‘Meluat’ DJ Radio Sebut ‘Ringgit’ Tak Betul

Hiburan

“Kau Bukan Orang Putih, Jangan Mengada-Ngada” – Adibah Noor ‘Meluat’ DJ Radio Sebut ‘Ringgit’ Tak Betul

Bagi anda yang mengikuti Adibah Noor di media sosial, pasti tahu selebriti ini seorang yang selalu membetulkan atau mengajar cara sebutan perkataan Bahasa Inggeris yang betul.

Terbaru, penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu ada memuat naik video di Instagram meluahkan rasa ‘geramnya’ terhadap DJ radio Bahasa Inggeris.

Advertisement

Kata Adibah, dia ‘meluat’ dengan penyampai radio Bahasa Inggeris yang menyebut perkataan ‘ringgit’ dengan slang ‘mat saleh’.

Menurutnya, cara sebutan itu tidak sesuai meskipun ketika menyampaikan berita di dalam bahasa Inggeris.

Kau bukan orang putih, kau bukan orang dari luar negara, tolonglah jangan mengada-ngada nak sebut ‘ring-it’ sedangkan sebutan sebenar ‘ringgit’.”

Apatah lagi jelasnya kita menggunakan perkataan ‘ringgit’ itu sejak dari kecil.

Namun apabila sudah dewasa dan menjadi penyampai radio berbahasa Inggeris, tiba-tiba tidak boleh menyebut ‘ringgit’ dengan betul.

 

Sekadar info, sebelum ini Adibah juga pernah menegur kesalahan sebutan bahasa Inggeris seorang menteri dan penyampai berita.

Kata bekas guru bahasa Inggeris itu, niatnya hanya mahu berkongsi dan membetulkan sebutan, bukanlah sengaja mahu memalukan atau menjatuhkan sesiapa.

ADIBAH NOOR
2 years ago

Raih Wang Kemenangan RM20,000, Adibah Noor Berhasrat Tebus Barang Kemas Dan Bayar Hutang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...