Pengacara dan penyampai radio terkemuka, Nabil Ahmad menyatakan dia enggan menerima tawaran menjadi duta jenama pakaian lain meskipun ditawarkan bayaran yang tinggi. Kata Nabil, dia akan setia bersama jenama Jakel sebagai tanda mengenang budi.
Banyak jenama lain tawar
Menurut Nabil, tahun ini sudah masuk tahun kesembilan sejak dirinya digelar duta Jakel. Katanya, dia akan setia bersama jenama tersebut meskipun banyak pihak lain yang menawarkannya menjadi wajah jenama mereka.
Nabil memilih untuk setia bersama Jakel atas dasar kesetiaan dan ingin membalas budi mereka yang ada bersamanya ketika dia tidak mempunyai job semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dahulu.
Ada jenama yang menawarkan saya ratusan ribu ringgit, tapi saya tolak.
Ia kerana kesetiaan, sebab saya ingat lagi masa saya tengah tiada job waktu PKP hidup saya memang huru-hara, satu-satunya klien yang telefon saya minta saya buat video adalah Jakel.
Tak bolehlah saya nak sebut jenama yang tawarkan saya itu. Banyak yang mereka tawar tapi tidaklah sampai berjuta.
Untuk saya ia nampak macam berlawan, kau bukan nak aku sangat, kau nak lawan sahaja nak tunjuk kau boleh beli kita.
View this post on Instagram
Tidak menyesal kerana tolak
Dalam pada itu, pengacara ini tidak menyesal kerana menolak tawaran-tawaran tinggi yang ada. Nabil menjelaskan dirinya bukan seseorang yang ‘mata duitan’ hingga ingin mengejar pihak yang dapat menawarkan bayaran yang lebih.
Saya tidak menyesal, sebab saya rasa tiada cara lain untuk saya membalas budi dan tiada cara lain nak beritahu orang yang saya setia di sini.
Saya letakkan kesetiaan pada itu, bukanlah saya letak nilai pada duit semata-mata. Jakel sudah bagi saya pakaian Hari Raya selama sembilan tahun, bukan saya saja tapi keluarga saya termasuk orang tua saya.
Jadi di mana saya mahu balas jasanya? Kesetiaan itu yang penting, ia bukan pada wang ringgit sebab saya bukan mata duitan.
View this post on Instagram
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.