Boleh dikatakan sejak beberapa hari yang lalu, isu mengenai dua orang selebriti putus tunang disebabkan duit di dalam akaun bank tinggal RM500 menjadi bualan warganet.
Kak KM beri nasihat ‘pedas’ isu putus tunang sebab tinggal RM500
Bukan saja netizen yang memberi pandangan, tetapi usahawan sensasi iaitu Kak KM turut memberi nasihat ‘pedas’ buat selebriti wanita yang mendedahkan aib bekas tunangnya itu.
Melalui klip pendek live TikTok usahawan itu, Kak KM merasakan wanita itu bukan mata duitan tetapi gilakan harta lelaki terbabit saja.
Kau kena ingat, kalau dalam bank dia ada RM500 juta pun, kalau bukan untuk kau, bukan juga. So kau kena ingat satu hal, duit dia duit dia, kau belum kahwin pun.
@st4rbbyyie #kakkmlianarosli #kakkmcore #kakkm ♬ original sound – st4rbbyyie
‘Dah sampai menghina, memang patut putus..’
Namun begitu, Kak KM atau nama sebenarnya, Liana Rosli merasakan keputusan putus tunang itu adalah tepat kerana sebelum kahwin wanita tersebut telah menghina dan merendah-rendahkan martabat si lelaki.
Waktu berkawan tu, patutnya kau terima seadanya pasangan kau tu. Waktu kita kahwin pun, suami aku tak ada apa-apa, aku pun tak ada apa-apa. Tapi itulah gunanya perkahwinan, sama-sama naik dan sama-sama susah. Baru boleh kekal.
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen setuju dengan pandangan usahawan tersebut dan merasakan selebriti wanita itu sepatutnya hanya mendiamkan diri sejak awal.