“Kau Buat Anak Tu Macam Investment Kau Eh G*mpang!” – Susulan Pendedahan Mesej, Teruk ‘Ex-Wife’ Sam Bunkface Dikecam

Hiburan

“Kau Buat Anak Tu Macam Investment Kau Eh G*mpang!” – Susulan Pendedahan Mesej, Teruk ‘Ex-Wife’ Sam Bunkface Dikecam

Setelah lama mendiamkan diri, akhirnya vokalis kumpulan Bunkface iaitu Sam membuka mulut bagi mempertahankan diri soal hak penjagaan anak dengan bekas isteri, Aida Azira Husin.

Sam atau nama sebenar, Shamsul Anuar Mohd. Baharom berkata dia tidak pernah gagal memberi nafkah dan menjalankan tanggungjawab sebagai bapa kepada Maleeq sejak mereka bercerai pada tahun 2019.

Advertisement

Melalui pendedahan mesej yang dibuat oleh vokalis Bunkface tersebut, bekas isteri telah menghantar Maleeq ke Melaka untuk duduk bersama nenek tanpa pengetahuannya dan kerana itu Sam berasa nafkah yang diminta oleh Aida sememangnya sangat tinggi.

Susulan sudah membuat pendedahan, hal itu menjadi tular di platform media sosial dan rata-rata netizen berasa kesian dengan Sam kerana dipergunakan serta geram apabila membaca mesej yang dihantar oleh Aida kerana seolah-olah merasakan dirinya tidak bersalah.

komen netizen

Bukan itu saja, malah ramai yang merasakan tindakan Aida untuk ‘membalas dendam’ dengan menggunakan anak tunggal tidak sepatutnya dilakukan serta netizen mendoakan agar Maleeq membesar dengan persekitaran yang baik-baik saja.

Sekadar info, Sam mendirikan rumah tangga bersama Aida pada tanggal 25 April 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Maleeq sebelum pasangan terbabit membuka keputusan untuk bercerai empat tahun selepas itu.

Sam Aida tuntut nafkah jawab
2 years ago

"Saya Jaga 2 Minggu Baru RM250, Dia Minta Sampai RM1.3k?" - Sam Bunkface Jawab Tuduhan Bekas Isteri Mengenai Isu Abai Anak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...