“Kau Buat Adik Aku Langgar Taklik, Tak Jaga Air Muka Mak Bapa Kau” – Kakak Wanita ‘Disondol’ Anak Abby Abadi & Norman Dedah Perangai ‘Play Victim’

Hiburan

“Kau Buat Adik Aku Langgar Taklik, Tak Jaga Air Muka Mak Bapa Kau” – Kakak Wanita ‘Disondol’ Anak Abby Abadi & Norman Dedah Perangai ‘Play Victim’

Kecoh hari ini mengenai pendedahan seorang wanita yang mendakwa perkahwinan selama 3 tahun bersama suami hancur musnah dek kerana kehadiran orang ketiga. Yang lebih mengejutkan adalah apabila orang ketiga berkenaan adalah anak kepada selebriti terkenal Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania yang baru sahaja berusia 18 tahun.

Berikutan pendedahan itu, kakak kepada mangsa gangguan rumah tangga yang dikenali sebagai Nadiah Bt Mazlan tampil mendedahkan tentang kerosakan dan kesengsaraan adiknya akibat perbuatan Marissa.

Advertisement

Dalam hantaran Instagram Story itu, Nadiah berkata adiknya telah terganggu emosi sehingga menampakkan seperti dia mengalami masalah mental dan turut dibawa berjumpa dengan psikiatris.

Perampas cerai beraiInstagram

Malah si suami turut bersumpah dengan nama Tuhan dan meletakkan cerai taklik kepada adiknya selain ‘play victim’.

Nadiah juga berkata Marissa langsung tidak menjaga air muka ibu bapanya kerana telah membuatkan kedua-dua mereka datang ke rumah untuk menyelesaikan masalah yang berlaku.

Dia juga turut meluahkan rasa simpati terhadap kedua ibu bapa Marissa di atas apa yang terjadi kerana gadis berkenaan pernah bersumpah untuk tidak melakukannya lagi namun mungkir janji.

Selain itu, Nadiah juga memuat naik rakaman perbualan Marissa sebagai bukti tentang apa yang terjadi di Instagram Story.

Terdahulu, seorang individu bernama Misya di aplikasi X telah mendedahkan perkahwinannya selama 3 tahun hancur musnah gara-gara kehadiran orang ketiga yang juga anak kepada pasangan selebriti terkenal.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Instagram twitter anak abby
1 year ago

"Tak Belajar Dari Kisah Mak Ayah Dulu Ke??" - Anak Pelakon Popular Umur 18 Tahun Didakwa 'Sondol' Suami Orang Sampai Bercerai Berai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...