Pempengaruh Hazeman Huzir telah tampil bersuara mengenai gerakan Blockout 2024 yang sedang tular di media sosial baru-baru ini. Malah, dia sendiri menyokong gerakan tersebut semenjak timbul kembali isu penindasan rakyat Palestin pada Oktober tahun lalu.
Rakan promosi jenama
Katanya, dia juga mengakui rasa kecewa dengan sikap rakan influencer yang bekerjasama dengan jenama yang menyokong Zionis lalu menutup ruangan komen bagi mengelakkan dikecam.
Tapi aku diamkan je lah. Sebab hubungan hanya kawan. Kalau keluarga sendiri, memang aku pergi rumah dia dan sesah hidup-hidup.
Blockout is an important refresher campaign juga kerana sebaik sebelum ini pun kita masing-masing hilang fokus kejap dengan saga sondol menyondol..
View this post on Instagram
Tujuan Blockout 2024
Dalam pada itu, Hazeman turut menjelaskan tujuan asal gerakan ini dilakukan dan bagaimana segelintir pihak menyalahgunakan hal tersebut bagi tujuan mengecam selebriti. Menurutnya, hal itu akan hanya membantu engagement di akaun media sosial mereka.
Caranya mudah je, block and go. Tapi sampai kat kita jadi premis sebar kebencian. Tinggalkan komen mencaci maki. Bukan doh. kau block je pastu belah. Ingat, ini untuk saudara kita di sana.
View this post on Instagram
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.