Beberapa hari lalu, isu mengenai pempengaruh popular yang dikatakan rampas teman lelaki kawan baiknya hangat dibualkan oleh netizen di laman media sosial.
Anna Jobling luah rasa syukur
Tidak terkecuali memberi pandangan mengenai hal itu, pelakon jelita Anna Jobling membuat ciapan dengan meluahkan rasa syukur dirinya dan kawan baik mempunyai beza ‘taste’ dalam memilih teman lelaki.
alhamdulillah my best friends and i have very different taste in men so we never have to worry 🫶🏻
— anna (@annaejobling) January 7, 2024
‘Tweet’ undang rasa kurang senang
Namun begitu, tweet tersebut telah mengundang rasa kurang senang di kalangan pengguna media sosial yang lain dan pelik ia dijadikan seperti satu pertandingan mahu menunjuk siapa yang lebih baik.
Tikam belakang kawan cara lain
Disebabkan itu, netizen mula memerli pelakon terbabit dengan mengimbau kembali kisahnya bersama model, Haneesya Hanee.
Malah meminta aktres terbabit untuk tidak ikut campur dalam isu ‘panas’ yang sedang berlaku ketika ini.