“Kau Apa Hal??!” – Datang Tuding Jari Depan Muka, Sheila Majid Tegur Generasi Muda Tidak Beradab

Hiburan

“Kau Apa Hal??!” – Datang Tuding Jari Depan Muka, Sheila Majid Tegur Generasi Muda Tidak Beradab

Ke mana sahaja kita berada dan tidak kira sejauh mana kita belajar atau setinggi mana jawatan kita, semuanya tiada guna jika adab itu tiada. Setuju?

Penyanyi terkenal, Sheila Majid berkongsi tentang pengalamannya berjumpa dengan seorang anak muda yang menurutnya tidak beradab.

Advertisement

Menerusi podcast bersama pengacara terkenal, Aznil Haji Nawawi, penyanyi berkenaan berkata suatu ketika dahulu seorang anak muda menghampirinya dan menuding jari tepat di wajahnya.

I tengah duduk, budak lelaki ini datang dan tuding jari tepat di muka saya (dan tanya), ‘Hey Sheila Majid ehhh?’

Sheila Majid

Lelaki berkenaan kemudian berkata kepada individu lain tentang tekaannya bahawa Sheila Majid berada di depannya itu tepat.

Masih teringatkan situasi berkenaan, Sheila Majid sempat menegur dan mengingatkan bahawa adab sangatlah penting dalam diri setiap manusia.

Cuba datang (tanya), ‘Makcik Sheila Majid ke? Apa khabar, sihat? Assalamualaikum’. Kemudian beredar. Itulah yang kita panggil adab.

Menerusi ruangan komen di Instagram, ramai bersetuju dengan pelantun lagu Ku Mohon itu bahawa generasi muda kini kurang beradab dan tidak tahu menghormati orang yang lebih tua daripada mereka.

Bukan sekadar kepada selebriti tetapi ramai berpendapat generasi muda kini juga tidak menghormati ibu bapa dan guru mereka di sekolah.

komen netizen komen netizen komen netizen komen netizen

Dalam pada itu, sesetengah netizen berkongsi pengalaman mereka terserempak atau berjumpa dengan Sheila Majid dan memuji penyanyi tersebut seorang yang rendah diri dan lemah lembut.

Pernah duduk satu meja dengan Sheila Majid dekat wedding. Sangat lemah lembut, friendly. Rasa macam dah lama kenal. Betul, adab tu memang penting.

komen netizen komen netizen komen netizen

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Kamal Adli tegur pelakon baru
2025-06-16 13:48:20

"Dah Lah Tak Baca & Faham Skrip, Jumpa Senior Tak Tegur Pula" - Kamal Adli Tegur Pelakon Baru, Asyik Main 'Phone' Dekat Set

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...