Kategori Filem Terbaik FFM28 Terbuka Kepada Semua – Datuk Seri Dr Salleh Said Menteri Komunikasi Dan Multimedia

Hiburan

Kategori Filem Terbaik FFM28 Terbuka Kepada Semua –  Datuk Seri Dr Salleh Said Menteri Komunikasi Dan Multimedia

Setelah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai dan penggiat seni tanah air mengenai isu pengasingan kategori Filem Terbaik  Bahasa Malaysia dan bukan Bahasa Malaysia bagi FFM 28, Kementrian Komunikasi dan Multimedia telah memutuskaan penyertaan bagi anugerah tersebut terbuka kepada semua penggiat filem di Malaysia.

Advertisement

Menterinya, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata kementerian itu turut mewujudkan kategori baharu Anugerah Filem Terbaik Bahasa Kebangsaan pada FFM anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu.

Kita sentiasa mendengar keluhan rakyat terutama penggiat filem dan pada masa yang sama kita juga tidak mengabaikan tanggungjawab memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan.

Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam meminta Finas supaya tidak memisahkan kategori filem yang dipertandingkan pada FFM 2016.

Malah, pelakon Afdlin Shauki juga memboikot anugerah berkenaan kerana menganggap pengasingan kategori berkenaan satu tindakan yang rasis.

Selain itu, Filem ‘Ola Bola’ dan ‘Jagat’ yang dicalonkan bagi kategori filem terbaik bukan dalam bahasa Malaysia telah menimbulkan bantahan sebilangan penggiat filem tempatan.

Akhirnya kerajaan telah membuat satu keputusan yang betul untuk tidak mengasingkan kategori Filem Terbaik. Selepas ini tidak perlu lagi penggiat seni dan peminat filem tanah air bertikam lidah dengan mana-mana pihak.

Sumber Berita : Astro Awani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...