Ramai netizen menyatakan sokongan mereka terhadap Nurul Shuhada Mat Shukri selepas dia diceraikan oleh suaminya, Hafidz Roshdi selepas kecurangannya dibongkarkan.
Apatah lagi, dia kini sudah memulakan perniagaan atas talian ‘Satu Tak Cukup by Shuhada Shukri untuk menyara kehidupannya bersama anak-anak.
Seperti menyindir perbuatan Hafidz, ramai netizen suka dengan pilihan nama bisnes Shuhada dan terhibur dengan ‘tagline’ Satu Tak Cukup itu.
Menerusi Instagram, Shuhada ada membalas komen seorang individu yang berkata nama bisnes tersebut mempunyai seribu satu makna.
Respon Shuhada itu seolah-oleh mendedahkan punca mengapa dia nekad untuk berpisah dengan Hafidz dan ia mencuri perhatian pengikutnya.
Kata-kata itu seperti Hafidz cuba meyakinkan Shuhada bahawa dia akan gembira dan bahagia jika dibenarkan berkahwin dengan Athira Yuhada.
Katanya apa akan saya dapat kalau dia kahwin dengan Athira is ‘Saya akan dapat dia (Hafidz) yang gembira dan bahagia’.”
Ramai yang perasan dengan respon Shuhada itu melepaskan rasa geram mereka terhadap Hafidz dan Athira.
Dalam pada itu, mereka turut menyokong Shuhada untuk terus bangkit demi membesarkan anak-anak yang masih kecil.